Dua Dekad "Hijau itu Emas": Teknologi Tenaga Suria Terma China Terangi Jalan Menuju Pembangunan Hijau Global

Di bahagian timur kaki Pergunungan Tianshan, sinar pertama pagi mula menyentuh bumi. Ketika itu, lebih 14,500 heliostat berbentuk pentagon disusun dalam bulatan sepusat mengelilingi menara penyerap haba di tengah, berputar seperti bunga matahari mengikuti pergerakan matahari, memfokuskan cahaya untuk menyerap haba. Inilah rutin harian “mengejar cahaya matahari” di Loji Janakuasa Haba Suria Garam Cair 50 MW di Hami, wilayah Xinjiang.

Pada masa yang sama, langit di provinsi Northern Cape, Afrika Selatan pula beransur gelap tatkala senja menjelma. Heliostat perlahan-lahan kembali ke kedudukan asalnya, sementara garam cair yang dipanaskan hingga 565 darjah Celsius pada waktu siang terus melepaskan tenaga haba, menjamin bekalan elektrik selama 24 jam tanpa gangguan. Loji haba suria 100 MW pertama di Afrika ini dibina dengan penglibatan syarikat China dan telah menjadi mercu tanda baharu kerjasama tenaga hijau China-Afrika.

Di padang pasir tandus, keajaiban hijau sedang terbentuk, yakni bukti sumbangan kebijakan China terhadap pembangunan mampan global.

Presiden China, Xi Jinping pernah menegaskan bahawa, "Mengurus keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan cabaran sejagat dan tanggungjawab abadi buat pembangunan sosial manusia."

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 konsep "air yang jernih dan gunung yang hijau adalah ibarat gunung emas dan perak" diperkenalkan. Berpandukan falsafah ekologi yang diketengahkan Presiden Xi, pengalaman China dalam mengurus alam sekitar telah menyemai benih kehijauan pada peringkat global.

Video

Berita Berkaitan