- Lain-lain
Pengerusi NPC Adakan Pertemuan dengan Presiden Dewan Negara Switzerland di Beijing
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji mengadakan rundingan dengan Presiden Dewan Negara Switzerland, Andrea Caroni di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa petang.
Dalam pertemuan tersebut, Zhao berkata hubungan antara China dan Switzerland semakin erat tahun ini menerusi pertukaran peringkat tinggi dan berharap momentum positif ini dapat diteruskan.
Beliau turut menggesa agar sektor-sektor berkaitan di kedua-dua negara memperkukuh interaksi untuk memperdalam pemahaman mengenai dasar domestik dan antarabangsa masing-masing, sekaligus meningkatkan kepercayaan strategik bersama.
Zhao menekankan bahawa, isu Taiwan adalah teras kepentingan China, dan berharap Switerland terus berpegang kepada prinsip satu negara dan menyokong usaha China untuk mewujudkan penyatuan semula negara.
Mengulas lanjut Zhao menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan Switerland memelihara sistem perdagangan multilateral dan memastikan kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan.
“Mengambil kesempatan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), diharap dapat meningkatkan koordinasi pelbagai hala, memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, berganding bahu mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” ujar Zhao.
Sementara itu, Caroni pula menyatakan bahawa Switerland komited terhadap dasar Satu China.
Beliau menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperkukuh pertukaran mesra dengan NPC serta meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan, budaya serta pelancongan dan kerjasama di peringkat tempatan.
Switzerland juga ingin mempercepatkan rundingan berkenaan penambahbaikan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini