Kumpulan Pertama Pemeriksa IAEA Kembali ke Iran

(CRI)Rabu 27 Ogos 2025

Kumpulan pertama pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah kembali ke Iran dan sedang bersedia untuk menyambung semula tugas pemeriksaan mereka.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi ketika ditemubual oleh media Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, memaklumkan bahawa negaranya mengekalkan interaksi dengan Britain, Perancis, Jerman dan IAEA bagi mencari kerangka kerjasama baharu, di samping menyiapkan mesyuarat tidak langsung dengan Washington.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghaei menyatakan, dalam mesyuarat dengan Britain, Perancis dan Jerman di Geneva, Iran telah membentangkan pendirian untuk menuntut pembatalan sekatan dan hak memelihara kepentingannya, selain menyeru agar negara-negara Eropah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Video

Berita Berkaitan