Perunding Perdagangan Antarabangsa China Melawat AS

(CRI)Sabtu 30 Ogos 2025

Perunding Perdagangan Antarabangsa China merangkap Naib Menteri Perdagangan, Li Chenggang telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat (AS) pada 27 hingga 29 Ogos.

Dalam lawatan itu, Li telah mengadakan rundingan dengan pegawai dari Jabatan Perbendaharaan AS, Jabatan Perdagangan, dan Pejabat Wakil Perdagangan. Isu-isu yang terlibat dalam rundingan itu termasuk hubungan ekonomi dan perdagangan dan pelaksanaan konsensus yang sudah tercapai dalam rundingan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara sejak akhir-akhir ini.

Li menekankan, China dan AS seharusnya memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan sama menang melalui kolaborasi, dan terus memanfaatkan mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan bilateral. Serentak itu, kedua-dua pihak dikehendaki berhemah menangani perselisihan dan memperluas kerjasama melalui dialog dan permesyuaratan yang sama rata, dan bersama-sama mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan berkembang dengan sihat, stabil dan mampan.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Li juga telah mengadakan perbincangan dan pertukaran dengan wakil-wakil dari Majlis Perniagaan AS-China, Dewan Perniagaan AS dan sektor korporat tempatan.

Video

Berita Berkaitan