Rundingan Dagangan China, AS Capai Hasil

(CRI)Rabu 30 Julai 2025
Rundingan Dagangan China, AS Capai Hasil

China dan Amerika Syarikat (AS) menyedari kepentingan menjaga hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil dan sihat.

Perkara itu merupakan sebahagian daripada hasil yang dicapai dalam pusingan baharu rundingan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara di Sweden.

Dilaporkan, delegasi China dan AS mengadakan perbincangan selama dua hari bermula 28 Julai di Stockholm.

Naib Menteri Perdagangan yang juga wakil perunding China, Li Chenggang berkata kedua-dua pihak sepakat untuk meneruskan usaha melanjutkan penangguhan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus yang dikenakan AS serta langkah balas oleh China.

Video

Berita Berkaitan