Xi Terima Kunjungan Setiausaha Agung PBB

(CRI)Sabtu 30 Ogos 2025

Presiden China, Xi Jinping telah menerima kunjungan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang datang ke Tianjin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 pada petang tadi.

Xi menyatakan bahawa China kekal merupakan rakan PBB yang boleh dipercayai, bersedia memperdalam kerjasama dengan PBB, dan menyokong peranan teras yang dimainkan PBB dalam urusan antarabangsa supaya dapat bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan dan kemakmuran dunia.

Dalam pertemuan itu, Guterres menyatakan bahawa kedua-dua pihak perlu meningkatkan kerjasama dalam pembaharuan sistem tadbir urus sejagat, kecerdasan buatan dan menyahut cabaran dari perubahan iklim demi kesejahteraan manusia.

Video

Berita Berkaitan