Tianjin Siap Siaga Anjur Sidang Kemuncak SCO

Foto sudut udara memperlihatkan jejantas pejalan kaki yang dihiasi dengan kain rentang Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Daerah Xiqing, Tianjin, utara China pada 5 Ogos 2025. (Xinhua/Li Ran)

Foto sudut udara memperlihatkan jejantas pejalan kaki yang dihiasi dengan kain rentang Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Daerah Xiqing, Tianjin, utara China pada 5 Ogos 2025. (Xinhua/Li Ran)

Perbandaran Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di utara China, sedang berada dalam fasa kemasan akhir bagi mempersiapkan penganjuran Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang terbesar pada 31 Ogos hingga 1 September ini, dengan pemimpin lebih daripada 20 negara dan ketua daripada 10 pertubuhan antarabangsa dijadualkan untuk menyertai acara itu.

Seorang pelajar kedoktoran warga Pakistan di Universiti Tianjin, Muhammad Sarfraz menyifatkan Tianjin sebagai bandar yang akan membuatkan pengunjung berasa dialu-alukan dan terinspirasi pada masa sama. Kongsinya lagi, keramahan penduduk Tianjin telah meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

Bagi mempersiapkan penganjuran sidang kemuncak tersebut, bandar Tianjin telah melalui pelbagai penaiktarafan. Sungai Haihe, yang mengalir merentasi Tianjin, kini kelihatan berseri dengan pemandangan malam yang ditambah baik setelah siapnya projek pencahayaan meliputi 217 bangunan, 14 jambatan dan kawasan dermaga sehingga 8.2 kilometer.

Kesemua penaiktarafan pemandangan malam di sepanjang sungai tersebut semakin menarik sejumlah besar pengunjung, iaitu melebih daripada yang direkodkan pada sebelum ini.

Dengan terdapatnya lebih daripada 70 kapal persiaran malam beroperasi setiap hari dan berlanjutan sehingga lewat malam, Fun Fukun, pengurus Syarikat Tianjin Jinlv Haihe Cruises berkata bahawa tiket-tiket yang dijual telah mendapat permintaan yang tinggi.

Nazanin Dehghanbordbar dari Iran turut menzahirkan pujian terhadap gabungan antara kemodenan dan tradisi yang dipamerkan bandar tersebut. Katanya, Tianjin merupakan jambatan sempurna antara purba dan moden.

Difahamkan, kerajaan tempatan juga telah memberikan tumpuan terhadap menambah baik infrastruktur bandar termasuk perataan jalan, menyelenggara jambatan, memperluaskan ruang hijau dan memperkukuh perkhidmatan awam.

Menurut Hu Xuechun, pengarah Suruhanjaya Pengurusan Bandar Tianjin berkata bahawa, kesemua usaha tersebut telah menyuntik bandar itu dengan daya yang lebih kuat terhadap kehidupan penduduk tempatan yang penuh bertenaga, kedalaman budaya dan tarikan antarabangsa.

Sepasukan individu yang terdiri daripada 1,000 sukarelawan belia dari universiti tempatan telah dilatih dalam etika diplomatik, tindak balas kecemasan dan perkhidmatan bahasa, sekali gus membantu dalam menyokong Sidang Kemuncak SCO.

“Dunia bukan sahaja akan menyaksikan garis langit moden dan ekonomi yang penuh bertenaga, malah juga sejarah kami yang kaya dan keramahan dalam layanan yang kami berikan,” ujar Wang Yutong, sukarelawan penterjemah dari Universiti Pengajian Asing Tianjin.

Sukarelawan komuniti termasuk pesara, pelajar dan anggota Parti juga telah menyertai kejiranan ‘pasukan khidmat SCO’ untuk membantu dalam membina suasana yang mesra.

“Kami akan menggunakan sebaiknya kesempatan terhadap peluang penting dalam penganjuran sidang kemuncak di Tianjin ini, dengan stabil memajukan persediaan dan sokongan perkhidmatan, serta memastikan semuanya tersedia untuk acara antarabangsa yang utama ini,” kata Yu Pengzhou, seorang petugas yang terlibat dalam persediaan Sidang Kemuncak SCO 2025.

Sheradil Baktyguloc, pengarah Institut Dasar Dunia Kyrgyzstan turut menyuarakan harapan yang tinggi terhadap penganjuran sidang kemuncak tersebut.

“Sidang Kemuncak SCO Tianjin akan berlangsung pada masa sukar iaitu tatkala global sedang melalui gelora, tetapi ia akan menjadi bintang bersinar yang menjadi pedoman – menunjukkan jalan yang benar kepada pembangunan yang stabil dan selamat,” kongsinya.

Video

Berita Berkaitan