PM Malaysia, Ketua PBB Bakal Hadir Sidang Kemuncak SCO 2025

(CRI)Jumaat 22 Ogos 2025

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dijadual berlangsung di Tianjin, utara China pada 31 Ogos hingga 1 September.

Persidangan itu akan dihadiri Presiden China Xi Jinping bersama lebih 20 pemimpin negara asing dan 10 ketua pertubuhan antarabangsa, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Perkara itu dimaklumkan oleh penolong Menteri Luar, Liu Bin dalam taklimat media di Beijing pada Jumaat.

Ini merupakan kali kelima China menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak SCO. Edisi kali ini adalah skala terbesar sejak penubuhan organisasi berkenaan pada 2001.

Video

Berita Berkaitan