- Lain-lain
Songzi, Hubei: Getaran Gitar Gema Seluruh Dunia (3)
![]() |
Gitar yang sedang dibuat. (People's Daily Online/Zhang Jun) |
Terletak di pinggir barat daya Dataran Jianghan, Songzi di provinsi Hubei dulunya jarang-jarang sekali dikunjungi pelancong asing. Kini, pengunjung dari luar negara tidak asing lagi di sini – satu transformasi yang bermula dengan sebuah gitar.
Di bengkel syarikat Alat Muzik Tongxin Hubei, artisan dengan cermatnya memilih kayu, mengempelas dengan tangan, dan menyesuaikan leher gitar. Pengurus Besar, Wang Fenghua menjelaskan bahawa syarikat tersebut memiliki dua jenama iaitu "MONTOYA" dan "GOYA," malah menghasilkan produk untuk jenama antarabangsa seperti Yamaha, yang dieksport ke Eropah, AS dan Asia Tenggara.
Kaunti yang secara tradisinya mengusahakan pertanian, Songzi pada asalnya tiada pangkalan pengeluaran gitar. Menerusi hubungan pihak setempat serta dasar sokongan berkenaan, Songzi berjaya menarik minat syarikat Alat Muzik Tongxin yang diasaskan oleh anak jati Songzi di Guangzhou. Pada September 2023, atas keperluan memperluas kapasiti, Wang Fenghua dan pasukannya memindahkan ibu pejabat dan bengkel pengeluaran ke Songzi.
Diketuai oleh Wang, mereka terus-menerus menghalusi seni ketukangan, dan kini mengeluarkan gitar mampu milik dan juga mewah, dengan harga kilang sehingga 70,000 yuan. Dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi seperti kayu spruce Swiss, rosewood India dan aluminium kegunaan penerbangan, dan dihasilkan dengan mahir melalui proses melibatkan 200 langkah oleh 120 tukang, memang padanlah gitar-gitar ini mendapat pengiktirafan meluas dalam pasaran.
Sejak tahun lepas, syarikat Alat Muzik Tongxin telah memenuhi tempahan lebih 80 kumpulan pelanggan dari lebih 10 negara termasuk Switzerland, Austria, Jerman dan Jepun. Jumlah eksport gitar mewah mereka mencatat 12,000 unit, dengan nilai output tahunan sebanyak 150 juta yuan.
Dipacu oleh syarikat Alat Muzik Tongxin, industri gitar di Songzi berkembang pantas. Dengan penubuhan syarikat Alat Muzik Eastman Beijing dan bengkel lut Abraham Victor, Taman Budaya dan Kreatif Songzi kini menempatkan 11 syarikat pengeluar dan penjual alat muzik, membentuk sebuah rantaian perindustrian yang lengkap.
Setiausaha Parti Bandar Songzi, Wang Wei berkata apabila taman itu penuh, nilai output tahunannya dijangka mencecah 5 bilion yuan, menawarkan hampir 10,000 pekerjaan. “Kampung halaman muzik purba” ini sedang membuka lembaran baharu pembangunan berkualiti tinggi industri budaya, dengan alat muzik gitar di terasnya.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Petani Menuai Oren di Hubei
- Semaraknya Taici, Gunung Wudang Jadi Tarikan
- Hubei Perlu Jadi Pelopor Pembangunan Berkualiti YREB: Xi
- Xi Adakan Tinjauan di Hubei
- Pemandangan Musim Bunga Dasar Tasik Daye, Hubei
- Panorama Ngarai Pingshan, Hubei, Gamit Pelancong
- Hubei Dorong Ekonomi Malam di Xuan'en
- Orang Ramai Main Air pada Pertengahan Musim Panas
- Acara Sukan Serlah Potensi Bandar Wuhan
- Kehidupan di Pekan "Rumah Teh"