- Lain-lain
Kraf Tradisional, Mural Pikat Pengunjung ke Kampung Seni Quanyongdong
Dinding batu gunung berapi purba berdiri teguh di samping mural penuh bertenaga di kampung Quanyongdong, pekan Lingshan, Haikou, Provinsi Hainan di selatan China, iaitu tempat bertembungnya antara sejarah selama berabad dengan seni moden.
Seorang artis sedang mengecat satu mural di kampung Quanyongdong, pekan Lingshan, daerah Meilan, Haikou, Provinsi Hainan di selatan China. (Foto oleh Sun Shijie)
Pemilik sebuah rumah, Wang Zhaochun menjemput pengunjung untuk mendekati satu lukisan bunga peony di bahagian luar rumahnya, sambil pelancong memanfaatkan peluang untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan tirai belakang yang warna-warni.
Kampung tersebut telah mengalami transformasi yang mengagumkan pada tahun-tahun mutakhir ini. Pada penghujung 2019, pakar pengiklanan, Wang Kai telah melawat kampung subbandar dengan seorang artis, Wang Bin. Tertarik dengan jaraknya yang dekat dengan tengah bandar serta pemandangan pastoral, kedua-dua mempunyai impian untuk menjadikan ia sebuah kampung seni.
Mereka mula menyewa rumah-rumah tempatan dan memberi kepercayaan kepada artis muda, Zhao Zhifei untuk mengecat mural tentang seekor tupai yang sedang memakan jagung. Hasil seni tersebut menjadi tarikan utama kampung itu, dan mendorong ramai orang untuk ke situ selepas ia tular.
“Kereta akan bersesak di pintu masuk kampung itu, dan orang ramai perlu beratur panjang untuk mengambil gambar dengan tupai tersebut,” imbas Sheng Yu, seorang tukang kraf tempatan.
Tidak lama selepas itu, komuniti itu menggunakan nama ‘Kampung Seni 898’, dengan nombor itu diambil bersempena kod kawasan telefon Hainan iaitu 0898.
Wang Kai dan pasukannya telah merekrut artis serta tukang kraf untuk bekerja di kampung tersebut. Mereka turut memanggil Chen Yishen, tukang seni kaligrafi berusia 89 tahun yang mengajar sejarah karakter China di akademi kampung itu; Xu Dalian, yang mencipta arca dinding menggunakan bahan tradisional seperti serbuk cangkerang, beras pulut dan gula perang; serta Chen Caiying yang mahir dalam teknik sulaman Miao.
Studio-studio seni telah dibuka di serata kampung Quanyongdong.
Pada 2023, kampung itu telah dimasukkan ke dalam program pembangunan budaya perbandaran dan provinsi. Pada tahun berikutnya, pekan Lingshan telah membangunkan pelan pemasaran dan laluan pelancongan buat kampung seni itu sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan luar bandar. Kampung itu menerima gelaran pelancongan luar bandar bertaraf provinsi.
Venue budaya baru, termasuk muzium batu dan kayu telah membawa lebih banyak aktiviti kepada komuniti di situ.
Seni telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di kampung. Penduduk menganjurkan makan besar bersama yang menampilkan nasi tiga warna dan tarian tiang buluh. Artis pula menawarkan kelas-kelas percuma menerusi pasukan sukarelawan, manakala penduduk kampung melakukan pertunjukan malam dan koir.
“Kami mahu seni kampung tersebut menjadi platform terbuka di mana seni menjadi sebahagian kehidupan harian,” kata Wang Kai.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Pelaburan Luar Negara Hainan Oleh Perusahaan H1 2025 Meningkat Dua Kali Ganda
- Hainan Merintis Pembaharuan, Merangsang Suasana Perniagaan
- Hainan Permudahkan Urusan Perniagaan Pelabur Asing
- Industri Durian Tempatan di Hainan Rancak Berkembang
- Kemeriahan Pesta Sanyuesan Dirasai di Wuzhishan
- Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Kemuka Enam Pembaharuan Inovasi Keinstitusian
- Acara Hiburan, Sukan Rancakkan Kedatangan Pelancong Luar ke Hainan
- Sanya Disenaraikan Sebagai 10 Destinasi Teratas 2025
- Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Komersial Pertama China
- Kedai Kopi Kampung Dorong Pembangunan Luar Bandar di Hainan