- Lain-lain
Bersatu Padu Mara dengan Semangat Kental - Xi
Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bersatu Padu Mara dengan Semangat Kental" dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Negara BRICS secara dalam talian di Beijing pada malam Isnin.
Xi menyatakan, di sebalik situasi semasa dunia yang penuh dengan pergolakan pada zaman pasca normal ini, amalan hegemoni, unilateralisme dan perlindungan perdagangan kelihatan berleluasa di merata tempat. BRICS selaku blok pertama dalam barisan Selatan Global, diharap menyemarakkan semangat yang "terbuka, inklusif, kolaborasi dan sama menang", mempertahankan amalan multilateralisme, memelihara mekanisme perdagangan pelbagai hala, mendorong "kerjasama BRICS Raya", serta bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Sehubung itu, Xi mengemukan tiga cadangan, iaitu mengekalkan amalan multilateralism dan membela keadilan antarabangsa; mempertahankan keterbukaan demi sama menang dan melindungi orde perdagangan antarabangsa; dan menjaga solidariti dan kolaborasi serta menjana impak sosial demi pembangunan bersama.
Perwakilan yang menghadiri Sidang kemuncak yang dipengerusikan oleh Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva itu, bersepakat bahawa BRICS seharusnya memperkasakan perpaduan dan kerjasama, bersama menangani krisis dan cabaran, memelihara amalan multilateralisme, mempertahankan sistem perdagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka, di samping memastikan kepentingan bersama Selatan Global terjamin.
Pelbagai pihak juga bersejutu mengekalkan interaksi berhubung pelbagai isu hangat seperti krisis Ukraine dan konflik Gaza.
Turut hadir, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa, Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Putra Mahkota Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Khaled bin Mohamed serta perwakilan dari India dan Ethiopia.
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS Secara Maya
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS secara Maya Esok
- PM China Seru BRICS Jadi Pelopor Promosi Pembaharuan Tadbir Urus Global
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'
- PM China Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17
- Seminar BRICS di Brazil Bincang Tadbir Urus Negara
- Mesyuarat Menteri Luar BRICS Keluar Kenyataan Pengerusi Tekan Kerjasama Selatan Global
- Xi Lawat Bank Pembangunan Baharu
- Prabowo Sah Keanggotaan Indonesia dalam NDB
- China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS