- Lain-lain
Pelaburan antara China dan ASEAN Cecah USD450 bilion
Jumlah perdagangan antara China dan ASEAN bagi tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 8.2 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah USD597 bilion (RM2.5 trilion), iaitu menempati 16.7 peratus keseluruhan perdagangan luar China dalam tempoh yang sama. Setakat bulan Julai lalu, kumulatif pelaburan antara kedua-dua pihak melebihi USD450 bilion (RM1.9 trilion), dan kontraktor China telah menyelesaikan projek pembinaan bernilai USD480 bilion (RM2.02 trilion) di negara-negara ASEAN.
Dalam sidang media pejabat penerangan Dewan Negara pada Isnin, Naib Menteri Perdagangan China, Yan Dong memaklumkan bahawa China kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN untuk16 tahun berturut-turut, sedangkan ASEAN hadir sebagai rakan dagang terbesar bagi China selama lima tahun berturut-turut. Pada tahun 2024, jumlah perdagangan antara China dengan lima negara ASEAN iaitu Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Singapura masing-masing melepasi paras USD100 bilion (RM421 bilion), antaranya dengan Malaysia dan Vietnam bahkan melebihi USD200 bilion (RM842 bilion).
“Rundingan tentang Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 sudah selesai dengan segalanya, dan buat pertama kalinya membentuk secara sistematik kerangka kerjasama yang merangkumi infrastruktur digital dan peraturan serta piawaian,” kata Yan.
Menurut maklumat lain, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 akan berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi bermula 17 hingga 21 September, yang menarik penyertaan kira-kira 3,200 syarikat pempamer dari 45 buah negara.
CAEXPO 2025 akan dilengkapi pavilion khas untuk sektor kecerdasan buatan dan kuasa produktif kualiti baharu serta zon pameran ekonomi biru dan produk premium untuk eksport, yang dilihat boleh mencerminkan hasil terkini kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN.
- Kao Kim Hourn Beri Penekanan Terhadap Kerjasama SCO-ASEAN
- Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24 Diadakan di Kuching
- Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Operasi Pengaman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus ke-20 Berlangsung Esok
- China Nantikan Kerjasama dengan Pelbagai Negara Asia Timur
- PM China Tiba di Kuala Lumpur
- Lawatan Xi ke Tiga Negara Asia Tenggara Amat Berjaya
- Hubungan Baik dengan China Beri Manfaat Besar kepada Malaysia dan ASEAN – PM Anwar
- China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik
- Lawatan Xi Jinping ke Asia Tenggara: Memperkukuh Diplomasi Serantau, Merintis Era Baharu Kerjasama
- Hubungan Kukuh China-ASEAN Tafsir Konsep Diplomasi Kejiranan