China Nantikan Kerjasama dengan Pelbagai Negara Asia Timur

(CRI)Selasa 10 Jun 2025

Naib Menteri Luar China, Sun Weidong akan mengetuai delegasi China bagi menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Mesyuarat Pegawai Kanan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) serta Mesyuarat Pegawai Kanan Forum Serantau ASEAN (ARF) pada 10 dan 11 Jun di Pulau Pinang.

Kesemua mesyuarat tersebut merupakan anjuran pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini iaitu Malaysia.

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Isnin.

Mesyuarat yang bertemakan "Keterangkuman dan Kelestarian" ini akan menyaksikan para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai mekanisme serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.

Mesyuarat tersebut juga sebagai persiapan bagi siri Mesyuarat Pemimpin dan Menteri Luar Kerjasama Asia Timur yang akan diadakan pada tahun ini.

Video

Berita Berkaitan