Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24 Diadakan di Kuching

(CRI)Jumaat 15 Ogos 2025

Mesyuarat ke-24 Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN-China mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (SOM-DOC) diadakan di Kuching, Malaysia pada Khamis.

Mesyuarat dipengerusikan bersama Ketua Jabatan Urusan Sempadan dan Maritim Kementerian Luar China, Hong Liang dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Sri Amran Mohamed Zin, dan turut dihadiri perwakilan negara-negara ASEAN.

China dan negara-negara ASEAN bersependapat bahawa memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan membawa makna amat signifikan.

Pelbagai pihak komited untuk memperkukuh dialog, mengawal diri, merungkai percanggahan pendapat dengan sebaik-baiknya, dan merapatkan saling kepercayaan, dan memelihara kestabilan di laut.

Dalam pada itu, para peserta juga bersetuju terus melaksanakan DoC secara komprehensif dan berkesan, selain mempergiat kerjasama di laut melibatkan perlindungan alam sekitar, penyelidikan sains dan teknogi, pencarian dan penyelamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Video

Berita Berkaitan