- Lain-lain
China Menentang Keras Tindakan Israel Cabuli Kedaulatan dan Keselamatan Wilayah Qatar
China menentang keras tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah Qatar, dan menasihati suatu negara kuasa besar supaya mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau, memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencantan senjata dan mengurangkan ketegangan serantau. Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata sedemikian dalam sidang media di sini pada Rabu.
Lin berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Doha, ibu negara Qatar pada Selasa.
"Kami amat bimbang akan serangan berkenaan yang mungkin mengakibatkan situasi serantau menjadi lebih meruncing, dan tidak puas hati terhadap tindakan berkenaan yang sengaja menjejaskan rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza," tambah beliau.
Lin menunjukkan lagi bahawa kedamaian Asia Barat tidak dapat diwujudkan melalui tindakan kekerasan. China dengan tegas menyeru pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel untuk meningkatkan usaha positif bagi meredakan pertempuran dan menyambung semula rundingan, dan bukan bertindak sebaliknya.
- Rakyat Israel Tuntut Gencatan Senjata dan Pertukaran Tahanan
- Tentera Israel Lancar Serangan Udara dengan Sasaran Tentera Houthi Yaman
- Rakyat Israel Protes Tuntut Kerajaan Tamatkan Perang di Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Syria
- Amerika Syarikat Dalang Disebalik Krisis Nuklear Iran
- China Kutuk Serangan Israel terhadap Iran
- Ketua Komander IRGC Terkorban dalam Serangan Udara Israel
- Sebarang Rundingan akan Berlangsung Tanpa Gencatan Senjata - PM Israel
- Israel akan Fail Rayuan Berhubung Waran Tangkap ICC
- 3,287 Maut Konflik Lubnan-Israel