Sekolah Latihan Mi Tarik Lanzhou Lahirkan Cef Generasi Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 September 2025

Seorang cef sedang membuat mi tarik Lanzhou dalam satu pertandingan di Lanzhou, Provinsi Gansu, barat laut China pada 2 Julai 2024. (People’s Daily Online/Gao Xiang)

Seorang cef sedang membuat mi tarik Lanzhou dalam satu pertandingan di Lanzhou, Provinsi Gansu, barat laut China pada 2 Julai 2024. (People’s Daily Online/Gao Xiang)

Lebih daripada 20 penuntut dari serata China mempelajari seni mi tarik Lanzhou di sebuah sekolah latihan yang terletak di bandar itu, dengan ilmu tersebut diturunkan oleh dua cef pakar di Provinsi Gansu di barat laut China.

“Ketukangan (seni membuat mi tarik) tersebut merupakan salah satu daripada warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan China.

“Saya datang ke Lanzhou untuk mempelajari kemahiran ini antaranya untuk membantu memelihara kraf tradisional tersebut dan juga kerana saya mahu melihat lebih ramai orang untuk mencuba makanan istimewa yang asli ini,” ujar Gao Lei yang datang dari Perbandaran Tianjin di utara China.

Gao merupakan salah seorang penuntut Sekolah Latihan Vokasional Mi (Tarik) Daging Lanzhou Dingle Gansu.

Katanya, selepas mencuba mi tarik Lanzhou yang asli pada setahun yang lalu, dia telah mengagumi rasanya yang unik, seterusnya membuat keputusan untuk mengembara lebih 1,000 kilometer bagi mempelajari kraf tersebut.

Menurut Gao, dia turut bercadang untuk melaburkan sebanyak RMB500,000 (sekitar RM297,000) bagi membuka sebuah restoran di Beijing sejurus dia menamatkan latihannya.

Ditubuhkan pada 2012, sekolah tersebut dikenali sebagai pusat untuklatihan vokasional dan penilaian kemahiran kebangsaan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, ia telah melatih hampir 10,000 pakar mi tarik Lanzhou.

Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial menyenaraikan ‘cef mi tarik’ antara 42 kategori pekerjaan baharu yang diiktiraf pada Julai.

Zhao Xiaoli, timbalan pengarah pusat bimbingan dan penilaian kemaharian vokasional Gansu berkata bahawa pengiktirafan itu memberikan prospek yang lebih jelas buat cef mi tarik Lanzhou dan lebih banyak peluang untuk mereka mengasah kraf masing-masing. Ia juga membina identiti profesional dan menarik lebih ramai bakat ke dalam itu industri itu.

Ding Guocai, seorang tenaga pengajar di sekolah latihan vokasional tersebut dengan pengalaman mengajar selama 15 tahun berkongsi bahawa satu pasangan yang mengusahakan restoran mi tarik boleh menjana pendapatan yang baik mengikut piawaian tempatan.

Katanya, pemilik kedai individu biasanya bermula sebagai perantis sebelum membuka restoran selepas mahir akan kraf tersebut.

“Dahulu, ramai orang belajar perniagaan itu sebagai perantis di restoran mi tarik, yang biasanya mengambil masa setahun atau lebih,” kata Ding.

Tambahnya, dengan terdapatnya sekolah latihan profesional, pelajar kini boleh memahirkan diri sepenuhnya dalam tempoh sebulan, dan menerima bantuan mendapatkan pekerjaan.

Ramai dalam kalangan pelajar Ding yang telah membuka restoran mi tarik di Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. Sesetengah pemilik turut terbang secara terus ke sekolah itu untuk merekrut cef, manakala bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan pekerja mahir pula akan mendaftar sendiri memasuki kursus tersebut.

Video

Berita Berkaitan