Artikel Penting Xi Diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" Isu ke-18

(CRI)Selasa 16 September 2025

Satu artikel penting Presiden China, Xi Jinping bertajuk "Memperdalam Pembinaan Pasaran Nasional Bersatu" dimuatkan dalam Isu ke-18 Jurnal "Qiushi" yang diterbitkan pada Selasa.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu menyatakan bahawa, pembinaan pasaran nasional yang bersatu merupakan keputusan strategik yang dibuat Jawatankuasa Pusat PKC.

Ia bukan sahaja penting untuk membina corak pembangunan baharu dan memajukan pembangunan berkualiti tinggi, tetapi juga perlu memperoleh kelebihan dalam persaingan antarabangsa.

Xi berkata, pembinaan tersebut perlu berpandukan kepada penyatuan institusi asas pasaran, penyatuan infrastruktur pasaran, penyatuan piawaian tingkah laku kerajaan, penyatuan pengawasan dan penguatkuasaan pasaran serta penyatuan pasaran sumber, selain keterbukaan secara berterusan.

Video

Berita Berkaitan