- Lain-lain
Matcha Semakin Versatil, Dorong Pendapatan 110,000 Pekebun Teh di Tongren
Antara produk matcha yang dijual di sebuah kedai di kaunti Jiangkou, Provinsi Guizhou, barat daya China pada 14 Mei 2025. (Xinhua/Yang Wenbin)
Matcha, serbuk daun teh hijau yang diproses dan ditanam khas, telah menjadi satu industri yang berkembang maju, menjana pendapatan lebih daripada 110,000 petani di bandar Tongren, Provinsi Guizhou, barat daya China.
China merupakan negara pengeluar matcha terbesar di dunia, dan satu perempat output matcha di China adalah daripada Tongren.
Pada 2024. pengeluaran matcha di Tongren melepasi angka 1,200 tan, menjana lebih daripada RMB300,000 dalam nilai output, sekali gus menduduki tangga pertama dalam jualan dan pengeluaran di China, serta tangga kedua dalam volum eksport peringkat global.
Produk matcha dari bandar itu kini semakin popular – sama ada domestik atau luar negara, apabila ia dieksport ke 52 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Pada tahun lalu, eksport matcha bandar itu telah mencapai 180 tan. Manakala, untuk separuh pertama tahun ini sahaja, eksport keseluruhan dicatatkan sebanyak 230 tan, yang melangkaui angka keseluruhan sepanjang tahun lepas.
Bagi pemain industri tempatan, pelaksanaan penuh perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berjaya memacu eksport ke negara BRI dan ASEAN dengan signifikan.
Ketika ini, matcha Tongren digunakan secara meluas dalam minuman, pastri, produk kesihatan, kosmetik dan keperluan harian.
Penggunaan matcha tempatan juga telah semakin dipelbagaikan, dengan usahawan tempatan membangunkan produk inovatif berasaskan matcha bagi memenuhi permintaan pengguna yang kian meningkat.
Salah satu contohnya adalah ‘ikan matcha’, iaitu makanan baharu yang dicipta ooleh Yao Yan, seorang wanita etnik Tujia, yang juga pemilik sebuah kedai makan di Tongren.
Ujar Yao, pada waktu puncak, lauk tersebut terjual lebih daripada 50 hidangan setiap hari, yang mengatasi hidangan tradisional bandar itu iaitu sup ikan masam. Beliau turut menyepadukan matcha ke dalam hidangan bankuet istimewa kumpulan etnik Tujia, yang menghasilkan ‘jamuan matcha’ nan unik.
Pembuat roti tempatan turut mengikuti arus trend. Mereka telah menjalankan eksperimen dengan keistimewaan tempatan untuk menghasilkan produk berunsurkan matcha.
Ledakan industri matcha di Tongren, diikuti dengan permintaan pengguna yang meningkat untuk produk berkaitan matcha, turut menarik sejumlah besar pembuat roti dari bandar-bandar lain ke Tongren dengan harapan untuk mencapai kejayaan keusahawanan.
Misalnya, Tang Yunpeng, seorang pembuat roti dari Provinsi Jilin di timur laut China telah berjaya membangunkan lebih daripada 60 produk berasaskan matcha, termasuk kuih bulan yang menggabungkan Cili (Rosa roxburghii), yang bermaksud ‘duri pir’ dalam bahasa Cina.
Pasukan Tang turut melancarkan tawaran waktu terhad yang berpadanan dengan kalendar ’24 musim’ tradisional China.
Turut dikenali sebagai ‘Mo Cha’, Matcha yang bersejarah sejak zaman Dinasti Wei dan Jin (220-420) dan berkembang pada zaman Dinasti Song (960-1279), iaitu waktu ia popular dalam kalangan para ilmuwan.
Berdasarkan pengeluarannya yang besar dan jenis produk yang pelbagai, Tongren mempunyai reputasi sebagai ‘ibu kota matcha China’ dan ‘pangkalan matcha berkualiti tinggi China’.
Terletak di 27 darjah latitud utara, Tongren mempunyai persekitaran semula jadi dengan altitud tinggi, latitud rendah dengan kabus dan litupan awan yang kerap, seterusnya menjadikan ia sebagai kawasan yang sesuai untuk penanaman teh.
Industri matcha Tongren meliputi tujuh kaunti pengeluar teh utama dan 34 perbandaran pengeluar teh, mengekalkan pertumbuhan lebih daripada 40 perusahaan pengisar teh dan membuka peluang pekerjaan buat lebih 110,000 petani teh.
Hari ini, pelawat yang berjalan-jalan melewati blok kebudayaan dan bersejarah yang dipelihara baik di Tongren boleh mendapati kedai bertemakan matcha yang bertebaran di sekitar kawasan itu, menggabungkan lorong-lorong purba dan jalan-jalan pergunungan yang anek tapi unik.
Kaunti Jiangkou, teras kawasan pengeluaran matcha di Tongren menyaksikan ledakan pelancongan pada setiap musim percutian berikutan matcha-nya yang berkualiti tinggi.
Terletak di kaki Gunung Fanjing, iaitu tapak semula jadi di dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO, kaunti itu dikerumuni pengunjung pada hari cuti, dengan sebahagian besar daripadanya datang untuk matcha yang istimewa.
Untuk rekod, Tongren mempunyai kawasan tanaman matcha seluas 85,000 mu (sekitar 5,667 hektar). Dalam usaha untuk memastikan lebih ramai petani mendapat manfaat daripada industri matcha yang semakin berkembang, bandar itu secara berterusan mengembangkan kawasan penanaman matcha dan menaiktaraf fasiliti pemprosesan, secara tidak langsung menjadikan pengeluaran lebih mudah dan cekap.
- Minuman Teh Gaya Baru China Kini Jadi Medium Zahirkan Penghargaan Budaya
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Pemandangan Udara Kebun Teh Berteres di Yunnan Bak Cap Jari
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao
- Ekspo Industri Teh Antarabangsa Sichuan Ke-13 Buka Tirai di Chengdu
- Konsep Taman Teh Bumbungan di Hangzhou Tarik Pengunjung
- Perkampungan Guangxi Jana Kekayaan dengan Teh