- Lain-lain
Minuman Teh Gaya Baru China Kini Jadi Medium Zahirkan Penghargaan Budaya
Foto bertarikh 31 Januari 2024 di Shanghai ini memperlihatkan minuman teh mutiara milik francais HEYTEA yang bekerjasama dengan sebuah drama TV yang popular.
Menurut Persatuan Francais dan Kedai Rangkaian China (CCFA), ‘teh gaya baharu’ merujuk kepada minuman segar yang diperbuat dengan daun teh atau rendaman teh, digabungkan dengan buah-buahan segar, jus sayuran, produk tenusu atau bahan-bahan selain daripada minuman segera.
Pasaran untuk minuman tersebut telah berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Satu laporan bersama antara CCFA dan sebuah institut penyelidikan di bawah Meituan iaitu gergasi penghantaran di China menganggarkan bahawa penggunaan dalam sektor itu bakal melepasi RMB200 bilion pada tahun ini.
“Dengan hanya menambah RMB1 (sekitar 60 sen) pada setiap pesanan, anda boleh mendapat satu cawan ais. Malah, anda boleh membuat minuman sendiri dan kongsinya dalam media sosial. Dengan cara itu, pelanggan bukan sekadar minum, tetapi juga menjadi pembuat dan tukang mempromosi. Ia lebih menarik!” ujar Peng Cheng, seorang penduduk di Changsha, Provinsi Hunan, di tengah China yang sedang beratur di hadapan sebuah kedai teh mutiara.
Minuman teh kini menawarkan lebih daripada hidangan ringan, tetapi juga satu ruang untuk penyertaan dan interaksi.
Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk pilihan yang lebih sihat, jenama teh telah mempelbagaikan pilihan bahan-bahan. Kubis daun kerinting, daun saderi, ubi bit, lada benggala kini turut sama menyertai kurma China, mulberi, beri biru dan herba tradisional seperti kulit limau tangerin kering dan beri goji.
Sebuah kedai teh mutiara di Changsha, ibu kota Provinsi Hunan menampilkan reka bentuk dalaman yang diinspirvan taip boleh bergerak. (Foto oleh Wang Chu)
Budaya telah menjadi sebahagian penting daripada pengalaman tersebut. Misalnya, jenama Auntea Jenny dari Shanghai telah menggandingkan teh musim bunganya dengan lukisan terkenal dunia, mencetak semula lukisan minyak pada cawan teh, dan menjadi tular secara dalam talian dengan sekelip mata.
Dengan menggabungkan kreativiti budaya dengan produk masing-masing, jenama teh telah mentransformasi minuman kepada satu medium untuk menzahirkan penghargaan terhadap budaya.
Populariti teh jenama baharu bukan sahaja mencerminkan evolusi trend pengguna China, tetapi juga potensi negara untuk mendorong penggunaan pertanian.
Di sebuah cawangan HEYTEA di pusat beli belah di Guangzhou, Yu Xiaokai telah menghasilkan satu jualan lari bermusim iaitu ‘Wampee Jasmine King’, dengan menggabungkan buah cenama dengan teh jasmine dan teh hijau. Minuman tersebut pernah terjual sebanyak 1,200 cawan dalam satu hari.
“Mengimbas kembali pada 2021, kami melancarkan minuman berasaskan buah cenama yang pertama. Ia segera menjadi popular, dan membuka pasaran baharu untuk buah-buahan,” ujar pakar pemerolehan HEYTEAN, Sun Yawei.
Beliau berkata, pada tahun ini, harga buah cenama meningkat 60 peratus, sekali gus memberikan peningkatan pendapatan sebenar buat petani.
Bagi petani seperti Zhao Dan di kampung Lianhua, Enping, Provinsi Guangdong di selatan China, perubahan disifatkan sebagai transformatif.
“Dahulu, menanam buah cenama jarah memberikan keuntungan berikutan jualannya yang lemah. Kini, syarikat teh akan membeli secara terus dan kadang kala dibeli sebelum musim menuai. Harga turut meningkat daripada RMB5 untuk setiap kilogram sehingga RMB8, yang meningkatkan pendapatan sekitar RMB8,000 untuk setiap mu,” ujar Zhao.
Buah cenama bukan satu-satunya penerima manfaat. Buah-buahan, sayur-sayuran dan produk pertanian lain juga menemui pasaran baharu menerusi industri teh. Di perbandaran Jinzao, Shantou, Provinsi Guangdong di selatan China, mulberi menjadi bahan yang paling dicari-cari, sekali gus meningkatkan nilai pasarannya dengan signifikan.
Pada tahun lalu, jenama minuman ChaPanda memperoleh lebih 250,000 tan bahan mentah secara langsung dan tidak langsung menerusi rantai bekalan, yang memanfaatkan lebih daripada 100,000 petani. Dengan penggunaan teh gaya baharu mendorong permintaan terhadap keistimewaan tempatan, ia juga menyumbang terhadap penambahbaikan kualiti produk.
Di daerah Tongnan, perbandaran Chongqing di barat daya China, iaitu salah satu daripada wilayah tiga teratas di dunia yang menghasilkan lemon, satu syarikat subsidiari minuman gergasi China, Mixue Bingcheng telah menubuhkan pusat sokongan petani yang mengusahakan 38,000 mu kebun lemon.
“Dengan latihan dan panduan teknikal kami, penggunaan racun serangga kimia menurun sebanyak 30 peratus, penggunaan air berkurang 90 peratus dan kadar kawalan penyakit serta serangga telah mencapai 95 peratus,” ujar pengarah pusat itu, Dai Long.
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Pemandangan Udara Kebun Teh Berteres di Yunnan Bak Cap Jari
- Hari Teh Antarabangsa: Ikatan Rapat Xi Jinping Dan Teh
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao
- Pelancongan Teh Jadi Tumpuan di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang
- Teh Minyak Longsheng Miao, Hidangan Istimewa di Guangxi
- Ekspo Industri Teh Antarabangsa Sichuan Ke-13 Buka Tirai di Chengdu
- Konsep Taman Teh Bumbungan di Hangzhou Tarik Pengunjung