- Lain-lain
China Kini Dalam Kelompok 10 Teratas Ranking Inovasi Global 2025
Foto modul pengecasan silikon karbida dan pengawal motor daya tarikan untuk kenderaan tenaga baharu dipamerkan di sebuah syarikat milik Gree Electric Appliances di Provinsi Guangdong, selatan China pada 29 April 2025. (Xinhua/Deng Hua)
Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) baru-baru ini mengumumkan bahawa China berjaya mendaki tangga ke-10 dalam ranking inovasi global 2025, meningkat satu anak tangga berbanding tahun terdahulu, sekali gus menandakan kali pertama ia memasuki kelompok 10 teratas.
Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2025 yang dikeluarkan oleh WIPO itu menilai prestasi inovasi hampir 140 syarikat dengan menggunakan sekitar 80 petunjuk termasuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), perjanjian modal teroka (VC), eksport teknologi tinggi dan pemfailan harta intelek.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, Switzerland mengungguli carta, diikuti oleh Sweden, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, United Kingdom, Finland, Belanda dan Denmark.
Laporan tersebut turut menekankan tentang usaha China yang mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam kalangan ekonomi berpendapatan sederhana global dan terus mempamerkan kekuatan dalam perbelanjaan R&D, eksport teknologi tinggi dan output inovasi.
Buat tiga tahun berturut-turut, China telah merekodkan angka paling banyak dalam kluster inovasi sains dan teknologi global 100 teratas, dengan 24 kluster disenaraikan dalam indeks 2025. Buat julung-julung kalinya, kluster Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou menduduki ranking pertama global.
Satu robot humanoid berjalan di luar kawasan pameran teknologi semasa Persidangan Rangkuman 2025 di The Bund, Shanghai, timur China pada 10 September 2025. (Xinhua/Fang Zhe)
Dalam GII 2025, 17 ekonomi berpendapatan sederhana dan rendah telah menunjukkan prestasi melebihi jangkaan mengikut tahap pembangunan masing-masing, dengan India dan Vietnam sebagai inovasi terlebih capai paling lama. Sub-Sahara Afrika pula menerajui dalam angka ekonomi terlebih capai dalam inovasi, didahului oleh Afrika Selatan, Senegal dan Rwanda.
Asia Tenggara, Asia Timur dan Oseania kekal sebagai kuasa pendorong dalam inovasi global pada 2025, dengan enam ekonomi menduduki ranking 25 teratas.
Di sebalik ranking inovasi, edisi laporan tahu 2025 itu menunjukkan prestasi tidak sekata dalam petunjuk utama aktiviti inovatif masa depan.
Pertumbuhan R&D pada 2024 menyaksikan kejatuhan terendah sejak krisis kewangan 2010. Berikutan inflasi yang berterusan, pertumbuhan sebenar dalam perbelanjaan R&D perniagaan menguncup kepada 1 peratus, berbanding 4.6 peratus dalam purata sedekad yang lalu.
Syarikat berkaitan ICT khususnya sektor intensif AI, perisian dan firma farmaseutikal meningkatkan belanjawan R&D, manakala sektor pembuatan seperti automobil dan barangan pengguna telah memotong perbelanjaan R&D susulan hasil yang merosot.
Seorang pekerja mengoperasikan sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan casis pintar di kawasan Rantai Kenderaan Pintar semasa Ekspo Rantai Bekalan Antarabangsa China (CISCE) yang ketiga di Beijing, ibu negara China pada 18 Julai 2025. (Xinhua/Zheng Chenlin)
Modal teroka kembali melantun, dengan nilai transaksi bertumbuh sebanyak 7.7 peratus pada 2024, yang sebahagian besarnya didorong oleh perjanjian mega di Amerika Syarikat, selain peningkatan dalam pelaburan penjanaan AI.
Kemajuan teknologi, satu dimensi dalam Jejak Inovasi Global GII kekal utuh, dengan harga bateri dan kecekapan superkomputer bertambah baik.
- China Sasar Capai Kejayaan Besar Dalam Teknologi BCI Menjelang 2027
- Penyelidik China ‘Hidupkan Semula’ Inskripsi Tulang Nujum
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Dinamika China | Inovasi adalah Daya Penggerak Utama Pembangunan
- Pasukan Inovasi Qingdao Catat 12 Rekod Dunia Dalam Pengoperasian Pelabuhan Automatik
- Biar Dunia Tahu China Sedang Hasilkan Inovasi – CEO GSMA
- Faktor Dinamik Pacu Perkembangan Maju Inovasi China
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Ekonomi Digital Buka Pintu Rezeki Baharu