Perjanjian Subsidi Perikanan WTO Berkuat Kuasa Secara Rasmi

(CRI)Rabu 17 September 2025

Perjanjian Subsidi Perikanan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) secara rasmi berkuatkuasa selepas mesyuarat khas Majlis Am WTO yang diadakan di Geneva pada Isnin.

Empat negara anggota WTO iaitu Brazil, Kenya, Vietnam dan Tonga telah menyerahkan instrumen pengesahan mereka kepada WTO, menjadikan jumlah keseluruhan negara yang meratifikasi perjanjian tersebut mencapai syarat statutori, yang diperlukan untuk penguatkuasaan.

Perjanjian itu menetapkan penghapusan subsidi untuk aktiviti perikanan haram, tidak dilaporkan dan yang tidak dikawal; penghapusan subsidi untuk stok ikan yang selalu ditangkap; dan larangan subsidi ke atas penangkapan ikan di laut lepas yang tidak dikawal.

Ia juga merangkumi elemen pengurusan perikanan seperti penguatkuasaan perikanan, penilaian kemampanan sumber, ketelusan dasar dan kerjasama antarabangsa.

Perjanjian tersebut diluluskan dalam Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 pada Jun 2022, dan kemudiannya berada dalam keadaan terbuka kepada keanggotaan baharu.

China merupakan salah satu anggota utama WTO yang terawal yang meratifikasi perjanjian tersebut, dengan penyerahan pengesahan pada 27 Jun 2023.

Video

Berita Berkaitan