China Kenang Insiden 18 September 1931, Titik Permulaan Perang Menentang Fasis

(CRI)Khamis 18 September 2025

Hari ini 18 September, genap 94 tahun sejak berlakunya Insiden 18 September 1931, yang menjadi titik permulaan kepada Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan juga Perang Anti-Fasis Dunia.

Bagi memperingati peristiwa bersejarah tersebut, satu upacara membunyikan loceng peringatan telah diadakan di bandar Shenyang wilayah Liaoning, lokasi asal berlakunya insiden tersebut.

Lebih 1,000 wakil daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri upacara tersebut.

Tepat jam 9.18 pagi, siren amaran udara dibunyikan serentak di pelbagai bandar di Wilayah Liaoning selama tiga minit, sebagai peringatan kepada dunia agar tidak melupakan sejarah dan sentiasa menghargai keamanan.

Video

Berita Berkaitan