Lebih 500,000 Perusahaan Berteknologi Tinggi di China pada 2024

(CRI)Jumaat 19 September 2025

Sebanyak 524 syarikat dari China tersenarai dalam 2,000 syarikat pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbesar di dunia pada tahun 2024, merangkumi 26.2 peratus daripada jumlah syarikat yang tersenarai tersebut.

Malah bilangan syarikat teknologi tinggi di China kini melebihi 500,000, meningkat 83 peratus berbanding tahun 2020.

Perkara itu dikongsikan Menteri Sains dan Teknologi China Yin Hejun dalam sidang media "Pencapaian Berkualiti Tinggi Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14" anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Khamis.

Video

Berita Berkaitan