Ekspo Kebudayaan Antarabangsa Jalan Sutera Galakkan Pertukaran Budaya

(CRI)Selasa 23 September 2025
Ekspo Kebudayaan Antarabangsa Jalan Sutera Galakkan Pertukaran Budaya

Ekspo Kebudayaan Antarabangsa Jalan Sutera (Dunhuang) edisi ke-8 melabuhkan tirai di bandar Dunhuang, provinsi Gansu, barat laut China pada Isnin.

Bertemakan "Tingkatkan Pertukaran Budaya, Galakkan Saling Pembelajaran Tamadun", ekspo kali ini menarik kehadiran lebih 1,200 tetamu dari 97 negara dan lapan pertubuhan antarabangsa.

Pelbagai aktiviti pertukaran budaya diadakan sepanjang ekspo berkenaan berlangsung.

Selain itu, sebanyak 13 kumpulan kesenian dari China, Amerika Syarikat (AS), Thailand, Hungary dan Korea Selatan mempersembahkan pelbagai acara menarik yang menyemarakkan semangat Jalan Sutera, sekali gus merapatkan hubungan dan pertukaran sesama rakyat.

Video

Berita Berkaitan