Kemeriahan Pesta Tuaian Kranberi di Fuyuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 23 September 2025
Kemeriahan Pesta Tuaian Kranberi di Fuyuan
Foto kranberi di sebuah pangkalan penanaman kranberi di Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 21 September 2025. (Xinhua/Zhang Tao)

Satu pesta menuai kranberi telah berlangsung pada Ahad di Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, iaitu hab terkemuka bagi penanaman kranberi berskala besar di China.

Pangkalan penanaman kranberi seluas 4,200 mu (280 hektar) di bandar itu telah memasuki musim menuai pada mutakhir ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Fuyuan telah memfokuskan untuk membangunkan industri kraberinya. Ia telah mewujudkan satu pangkalan penanaman kranberi berskala besar dan membina rantai industri yang lengkap, merangkumi pusat penyelidikan dan pembangunan kranberi, gudang-gudang rantai sejuk, dan bengkel pemprosesan.

Pembangunan industri kranberi tempatan telah membantu dalam menambah baik peluang pekerjaan petani tempatan dan pendapatan masing-masing.

Video

Berita Berkaitan