UNESCO Tambah 26 Rizab Biosfera Baharu, Termasuk 2 di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 28 September 2025

Foto sudut udara bertarikh 18 Oktober 2022 ini memaparkan pemandangan musim luruh di Pergunungan Qinling di Kaunti Zhouzhi, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Xinhua/Shao Rui)

Foto sudut udara bertarikh 18 Oktober 2022 ini memaparkan pemandangan musim luruh di Pergunungan Qinling di Kaunti Zhouzhi, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Xinhua/Shao Rui)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa UNESCO pada Sabtu telah mengumumkan 26 rizab biosfera baharu di 21 negara, termasuk dua di China, sekali gus menjadikan jaringan rizab biosfera dunia kepada 785 tapak di serata 142 negara.

Difahamkan, kedua-dua tapak di China itu adalah Rizab Biosfera Daqingshan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan Rizab Biosfera Zhouzhi di Provinsi Shaanxi.

Meliputi hampir 3,900 kilometer persegi di tengah Pergunungan Yinshan, Daqingshan merupakan kawasan khas yang kaya dengan biodiversiti di wilayah itu. Rizab tersebut menempatkan hampir 1,200 spesies tanaman lebih tinggi, 300 spesies vertebrat, dan 1,800 spesies artropod.

Foto yang diambil menggunakan dron pada 4 April 2024 ini memperlihatkan pemandangan  Rizab Alam Semula Jadi Daqingshan di Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. (Xinhua/Bei He)

Foto yang diambil menggunakan dron pada 4 April 2024 ini memperlihatkan pemandangan Rizab Alam Semula Jadi Daqingshan di Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. (Xinhua/Bei He)

Sementara itu, Rizab Biosfera Zhouzhi, yang berkeluasan 690 kilometer persegi di kedua-dua cerun utara dan selatan Dataran Qinling, dilitupi hutan sebanyak 96 peratus dan ketinggian sehingga 2,904 meter dari paras laut. Zon tumbuh-tumbuhan menegak yang menarik melindungi lebih daripada 3,630 spesies flora dan fauna liar, termasuk Panda Qinling, Monyet Hidung Mancung Emas dan Takin Emas.

UNESCO menyifatkan rizab biosfera sebagai ‘tempat pembelajaran untuk pembangunan mampan’ yang mengintegrasikan pemuliharaan biodiversiti dengan penggunaan ekosistem yang mampan.

Video

Berita Berkaitan