Xi Tanam Pokok di Beijing, Tekan Penghijauan Dipergiat di Seluruh Negara

(CRI)Khamis 04 April 2024
Xi Tanam Pokok di Beijing, Tekan Penghijauan Dipergiat di Seluruh Negara

Presiden China Xi Jinping menyertai aktiviti menanam pokok secara sukarela, dan menekankan pentingnya untuk mempergiat usaha penghijauan di seluruh negara bagi pembinaan China yang indah, di Beijing pada Rabu.

Di samping menanam pokok, Xi juga meluangkan masa berbual-bual dengan orang ramai yang turut ikut serta dalam aktiviti tersebut.

Beliau berkata, beliau telah menyertai aktiviti menanam pokok di ibu kota selama 17 tahun secara berturut-turut sejak mula bertugas di Beijing.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 Pesta Menanam Pokok. Dalam tempoh 45 tahun lalu, rakyat China aktif terlibat dalam usaha menanam pokok, membina hutan, dan berjaya menjadikan tanah tandus dan padang pasir menjadi hutan dan tanah hijau. Kejayaan ini amat mengagumkan.

Xi menegaskan bahawa usaha penghijauan negara ini harus diperluas, dipergiat dan dipelihara. Antara langkah-langkah adalah termasuk mendorong penghijauan secara besar-besaran dan secara saintifik, memberikan perhatian tinggi terhadap mutu dan keberkesanan penghijauan, meningkatkan perlindungan terhadap sumber hutan dan padang rumput, memperkasakan kerja mencegah kebakaran, menghapuskan risiko berpotensi untuk menjaga hasil pembinaan hutan.

Video

Berita Berkaitan