- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah Pertabalan Grand Duke Luxembourg Guillaume
Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah pada Jumaat atas pertabalan Grand Duke Luxembourg Guillaume.
Xi berkata sejak penjalinan ikatan diplomatik lebih lima dekad lalu, China dan Luxembourg sentiasa saling menghormati dan melayan satu sama lain secara sama rata, sekali gus mewujudkan teladan sama berjaya dan saling untung antara negara-negara yang berbeza dari segi saiz, sistem dan tahap pembangunan.
Ujarnya kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang keluli, kewangan dan logistik membuahkan hasil memberangsangkan, sementara 'Jalan Sutera Udara' Zhengzhou-Luxembourg menyumbang kepada kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian China-Eropah.
Beliau menzahirkan kesediaan berusaha bersama Guillaume untuk memantapkan hubungan dua hala bagi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.
Pada hari sama, Xi juga mengutus kawat untuk menyampaikan salam kepada bekas Grand Duke Luxembourg Henri yang telah turun takhta.
- Xi, Alois Tukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-75 Ikatan Diplomatik
- China Sokong Pengukuhan Autonomi Strategik Eropah - Wang Yi
- China Sedia Tingkat Kerjasama dengan Eropah - kata PM Li Qiang
- China dan EU, Rakan yang Sokong-Menyokong
- 7,000 Tren Kargo China-Eropah (Asia) Melalui Pintu Horgos Sejak Awal 2024
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Majlis Eropah
- China, Poland Keluar Pelan Tindakan Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif
- Xi Tamatkan Lawatan ke Hungary
- Xi Berlepas untuk Lawatan ke Perancis, Serbia dan Hungary
- China dan Eropah Adakan Dialog Sosiobudaya