- Lain-lain
Dua Pasukan Pengaman China Terima Pingat PBB
![]() |
Unit helikopter misi pengaman kumpulan ke-5 China ke Abyei dan pasukan pengaman kumpulan ke-23 China ke Lubnan dianugerahkan 'Pingat Keamanan' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Sejak ditempatkan di Abyei pada Disember 2024, unit helikopter itu melaksanakan pelbagai tugasan antaranya rondaan udara, operasi pemindahan perubatan (Medevac), pengangkutan barangan dan lain-lain.
Pasukan berkenaan telah melakukan penerbangan melebihi 1,980 jam dengan menghantar lebih 9,000 orang dan 650 tan barangan.
Pasukan pengaman kumpulan ke-23 China ke Lubnan yang juga ditempatkan pada Disember tahun lepas, telah menghapuskan rintangan untuk jalan hampir dua kilometer, membersihkan periuk api melibatkan kawasan lebih 4,200 meter persegi, di samping melaksanakan misi bantuan kemanusiaan sebanyak 61 kali.
'Pingat Keamanan' merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan PBB kepada anggota pengaman sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka dalam memelihara keamanan sejagat.
![]() |
- PM China Bertemu Ketua PBB di New York
- Sidang Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Ke-80 PBB Bermula
- Pasukan Pengaman China Mengambil Bahagian dalam Latihan “Angel Rescue 2025”
- China Kemuka Lima Cadangan untuk Pembaharuan PBB
- China Tekankan Kerjasama Kewangan Global di Persidangan PBB
- Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan Berkuatkuasa di Hong Kong
- Peranan PBB Perlu Diperkasakan, Tidak Boleh Dibiarkan Lemah
- China Beri Sokongan Penuh Kepada PBB
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Wang Yi Terima Kunjungan Presiden Perhimpunan Agung PBB