Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan China Cecah RMB1.8 Bilion

(CRI)Khamis 09 Oktober 2025

Jumlah kutipan tiket filem di China sepanjang cuti Hari Kebangsaan yang bermula dari 1 hingga 8 Oktober dicatat melebihi 1.8 bilion yuan (RM1.1 biliion), manakala jumlah penonton melebihi 50 juta orang, menurut data dari Jabatan Pentadbiran Filem China pada hari ini.

Lima tempat teratas dalam ranking kutipan tiket filem dalam tempoh tersebut masing-masing dirangkul oleh filem "The Volunteers: Peace at Last", "731", "A Writer’s Odyssey 2", "Row to Win" dan "Sound of Silence".

Video

Berita Berkaitan