- Lain-lain
Muzium Jadi Pilihan Hangat Golongan Muda Sebagai Destinasi Percutian
![]() |
Pelancong melawat muzium tembok kota Nanjing di ibu kota Provinsi Jiangsu, timur China pada 5 Oktober 2025. (Xinhua/Yang Suping) |
Melawat muzium kini menjadi trend percutian baharu khususnya bagi golongan muda di China, dengan ramai pengembara menerokai laluan yang tidak lazim dilakukan itu semasa tempoh percutian lapan hari sempena Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan bagi menikmati budaya dan sejarah, berbanding berkunjung ke lokasi dengan pelancong yang melimpah ruah.
Menjelang ‘minggu emas super’, jualan tiket dalam talian untuk muzium yang popular di China seperti Muzium Negara China dan Muzium Istana di Beijing serta Muzium Shanxi telah terjual dengan laris.
Bagi ramai pengunjung muda, muzium bukan sekadar dilihat sebagai perjalanan untuk memperkaya budaya yang melangkaui masa dan ruang, tetapi juga tempat yang tenang berbanding percutian yang sibuk.
Sebahagian pengunjung mahu menjadikan lawatan ke muzium mereka sebagai pengalaman yang lebih ceria dan peribadi dengan mencipta meme penuh unsur humor berdasarkan artifak di dalam muzium, selain membeli produk kebudayaan kreatif daripada muzium.
Timbalan pengarah Muzium Jinci, Qiu Ping berkata bahawa beliau mendapati terdapat perubahan dalam tingkah laku pengunjung muda.
“Mereka tidak lagi mudah berpuas hati dengan sekadar berjalan melintasi pameran, tetapi mereka membuat penyelidikan tentang terlebih dahulu, dan tidak malu untuk berbincang dengan pemandu muzium, selain turut bertanyakan soalan tentang signifikan pameran kebudayaan,” ujar beliau.
Tambah Qiu, peralihan daripada pengamatan yang pasif kepada penyertaan yang aktif itu secara tidak langsung mencerminkan minat yang semakin berkembang dalam kalangan generasi muda China terhadap budaya tradisional.
Dalam platform perkongsian gaya hidup yang popular di China iaitu Xiaohongshu, muat naik dengan tajuk ‘muzium’ telah melangkaui 11 juta, dengan ramai pengguna muda berkongsi pengalaman masing-masing di muzium.
Teknologi turut menambah dimensi baharu terhadap pengalaman muzium itu. Di Muzium Mural Dinasti Qi Utara Taiyuan, pengunjung boleh menggunakan set kepala VR untuk merasai sendiri bankuet purba yang tersergam gah, sementara dinding yang dipancarkan secara interaktif membolehkan mereka untuk bermain muzik bersama-sama dengan pemain muzik di dalam mural.
Wang Jiang, pengarah muzium itu berkata bahawa venue itu menyasarkan untuk mencipta pengalaman penuh asyik untuk pengunjung dengan menggunakan teknologi seperti animasi 3D dan pengimejan digital.
![]() |
Seorang kanak-kanak perempuan sedang menggayakan pakaian tradisional di Muzium Istana di Beijing pada 2 Oktober 2025. (Xinhua/Jin Liangkuai) |
- Cef Pastri Cipta Semula Relik Kebudayaan China Dalam Bentuk Boleh Dimakan
- Suasana Lewat Malam Nan Meriah Jelas Terasa di Muzium Shanghai
- Penyelidik China ‘Hidupkan Semula’ Inskripsi Tulang Nujum
- 7,046 Muzium Terdaftar di China, 91.46% Percuma
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara dalam Bidang kebudayaan - Xi
- Muzium China Hasilkan Produk Kreatif, Tarik Pengunjung Muda
- Muzium Makam Bawah Tanah Jalan Sutera Purba Dibuka di Xinjiang
- Muzium China Permudah Akses Untuk Pelawat Pada Musim Panas
- Forum Pembangunan Kekuatan Budaya China 2024 Berlangsung
- Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China Ke-20 Buka Tirai