Cef Pastri Cipta Semula Relik Kebudayaan China Dalam Bentuk Boleh Dimakan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 September 2025

Zou Minglei, cef pastri yang mahir, telah menemui cara unik untuk membawa sejarah dari dewan muzium ke atas meja makan, iaitu menggunakan pencuci mulut yang dihasilkan dengan penuh rumit, bagi menceritakan tentang kisah di sebalik beberapa relik budaya paling terkenal di China.

Sejurus menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Hubei pada 2012, Zou menghabiskan masa selama dua tahun untuk mempelajari teknik pembuatan pastri dengan sistematik sebelum membuka kedai pencuci mulut pertamanya di Wuhan, ibu kota Provinsi Hubei.

Foto menunjukkan Zou Minglei dan pencuci mulut yang diinsprasikan oleh artifak. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Foto menunjukkan Zou Minglei dan pencuci mulut yang diinsprasikan oleh artifak. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Minat Zou terhadap penghasilan pencuci mulut yang diinspirasikan oleh artifak mula pada 2018, iaitu ketika beliau menyertai pertandingan Kek Antarabangsa di United Kingdom.

Ketika membuat keputusan untuk memilih temanya, Zou yang berasal dari Hubei itu mahu hasil seninya mewakili provinsi kampung halamannya. Justeru, dari situ beliau mendapat inspirasi daripada budaya Chu.

Sewaktu menjejakkan kaki ke Muzium Provinsi Hubei, beliau serta-merta merasa kagum terhadap tarikan utamanya iaitu Bianzhong Marquis Yi, Zeng, yang bersejarah pada Zaman Negeri-negeri Berperang (475-221 SM).

Selepas melakukan penyelidikan dan eksperimen yang penuh teliti, Zou akhirnya berjaya mencipta replika pencuci mulut loceng, yang dikecilkan skalanya sehingga 100 kali ganda. Penat lelahnya membuahkan hasil apabila beliau dianugerahkan perak pada pertandingan tersebut.

Pada akhir 2024, Zou meletakkan sasaran peribadi untuk menghasilkan semula 100 relik kebudayaan dalam bentuk pencuci mulut dalam platform perkongsian video pendek China. Baginya, pencuci mulut adalah jambatan antara artifak dan orang awam, yang menjadikan relik kebudayaan sebagai nyata dan boleh diakses.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-80 Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Bagi menonjolkan kejayaan pertahanan China, Zou mengembangkan koleksinya dengan turut menampilkan replika senjata strategik signifikan yang boleh dimakan seperti bom atom, misil DongFeng-31 dan pembawa pesawat ketiga China iaitu Fujian.

Foto memperlihatkan replika pencuci mulut kapal wain zun berbentuk gangsa yang digali daripada makam Fu Hao, iaitu jeneral wanita dan permaisuri diraja pertama China yang didokumenkan. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Foto memperlihatkan replika pencuci mulut kapal wain zun berbentuk gangsa yang digali daripada makam Fu Hao, iaitu jeneral wanita dan permaisuri diraja pertama China yang didokumenkan. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Pembawa pesawat Fujian tersebut merupakan kek tiga dimensi terbesar Zou yang dihasilkan setakat ini, berukuran lebih daripada 1.2 meter panjang. Berbanding dengan relik kebudayaan, peralatan ketenteraan memberikan cabaran baharu, yang memerlukan beliau untuk mempunyai teknik-teknik baharu.

Untuk itu, beliau bermula dengan lukisan tangan gambar rajah yang terperinci, menguraikan setiap senjata kepada komponen, dan kemudiannya menghasilkan fondan berdasarkan kerangkanya sebelum mencantumkan kesemuanya.

Dalam video pendeknya, Zou menggabungkan penghasilan pencuci mulut dengan penceritaan. Beliau telah menggabungkan klip video pameran muzium dan bahan-bahan sejarah untuk memberikan konteks kepada proses penghasilan kraf, sambil turut berkongsi serba-serbi fakta yang menambah nilai pengetahuan dan hiburan.

Foto menunjukkan replika pencuci mulut pembawa pesawat ketiga China, Fujian. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Foto menunjukkan replika pencuci mulut pembawa pesawat ketiga China, Fujian. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Selain daripada merujuk buku dan kertas penyelidikan, Zou kerap melawat muzium untuk memerhati relik secara dekat, menelaah bentuk lakaran, atau memohon untuk mendapatkan gambar rajah pemulihan tiga dimensi sebagai rujukan.

“Saya berharap agar apabila penonton melihat saya dalam menghasilkan semula artifak dalam bentuk pencuci mulut, mereka akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam dalam peradaban China dan berasa lebih bertanggungjawab untuk melindungi akar kebudayaan kita,” katanya.

Video

Berita Berkaitan