- Lain-lain
China Majukan Lagi Pemerkasaan Wanita, Berusaha ke Arah Kemajuan Global
![]() |
Zhao Chunling, ketua pereka pesawat berbadan lebar C929 yang dibangunkan oleh China di COMAC, merupakan ketua pereka perempuan yang pertama dalam industri penerbangan China yang menerajui program utama pesawat negara. (Xinhua/Liu Ying) |
Mesyuarat Pemimpin Global terhadap Wanita yang dijadualkan berlangsung selama dua hari membuka tirainya pada hari ini di Beijing, dengan sasaran untuk memberikan momentum baharu kepada pembangunan wanita dan kesaksamaan jantina global.
Mesyuarat antarabangsa peringkat tinggi tersebut juga merupakan saranan Presiden China, Xi Jinping, yang turut hadir untuk menyampaikan ucaptamanya pada acara pembukaan.
Xi secara konsisten menekankan tentang kemajuan wanita sebagai bahagian utama dalam visi kepimpinan beliau. Beliau menggalakkan wanita untuk mengejar impian masing-masing, mengajak ke arah menghormati wanita dengan lebih banyak, selain menyeru agar pemimpin dunia untuk berganding bahu dalam mempromosi kekuatan wanita.
Seiring dengan agenda tersebut, China telah menjadikan pembangunan wanita sebagai keutamaan negara, dengan rancangan lima tahunnya meliputi seksyen tentang kebajikan wanita dan kanak-kanak, dan kerajaan sentiasa memperkenal Program Kebangsaan untuk Pembangunan Wanita yang menggariskan strategi dan matlamat konkrit.
Penekanan ini mengangkat slogan Parti Komunis China (PKC) mengenai pembebasan wanita selama beberapa dekad, iaitu ‘wanita tonggak separuh langit’. Keyakinan itu telah lama mendorong usaha untuk mengembangkan peranan wanita dalam kehidupan awam, tenaga kerja dan pendidikan, sekali gus memastikan mereka berkongsi secara saksama dalam membentuk masa depan China.
Hari ini, perwakilan wanita dalam kalangan penggubal undang-undang negara, penasihat politik dan perwakilan ke Kongres Kebangsaan PKC telah menyaksikan pencapaian rekod tertinggi.
Kelibat wanita dalam politik dan sosial yang semakin meningkat mencerminkan trend yang lebih luas dalam tenaga kerja, terutamanya dalam sains dan teknologi. Wanita kini membentuk kira-kira 43 peratus daripada penduduk China yang bekerja dan 45.8 peratus daripada profesional saintifik dan teknikal.
Bidang pendidikan turut memperlihatkan kejayaan yang serupa. Pada 2024, wanita mewakili 50.76 peratus daripada semua pelajar peringkat pengajian tinggi di China, termasuk 50.01 peratus pelajar siswazah.
Di samping peluang yang semakin berkembang, China turut memperkukuh perlindungan undang-undang untuk wanita menerusi rangka kerja lebih daripada 100 undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Sektor kesihatan wanita juga telah menyaksikan penambahbaikan. Untuk rekod, negara Tembok Besar kini berada dalam kelompong di tangga teratas negara berpendapatan sederhana-tinggi secara global dari sudut petunjuk utama kesihatan kanak-kanak dan ibu, serta turut diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai salah satu daripada negara 10 teratas dunia yang berprestasi tinggi dalam bidang tersebut.
Di serata China, peluang wanita untuk mendakap kemakmuran semakin bertumbuh stabil. Dasar yang bersasar terus memberi sokongan terhadap wanita dari latar belakang yang berpendapatan rendah atau dari luar bandar, seterusnya membantu mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan dan mendorong pendapatan masing-masing.
- Presiden China Bakal Sampaikan Ucaptama Dalam Sidang kemuncak Wanita Sedunia
- Xi Bakal Hadir Perasmian Sidang Kemuncak Wanita Global
- China Seru Sinergi Galak Usaha Pemerkasaan Wanita
- Kertas Putih "Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita Era Baharu" Diterbitkan
- China Bekerjasama dengan UNESCO Tingkatkan Pendidikan Sains untuk Kaum Wanita
- Angkasawan Wanita Pertama China Bentang Pembangunan Wanita China di PBB
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Galak Golongan Wanita Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China: Xi
- Trend ‘Sukan Wanita’ Luaskan Pintu Niaga untuk Jenama
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika