Kapal Filipina Didakwa Sengaja Langgar Kapal CCG

(CRI)Isnin 13 Oktober 2025

Dua kapal milik kerajaan Filipina dilaporkan menceroboh masuk secara haram ke perairan China berhampiran Terumbu Tiexian di Kepulauan Nansha pada Ahad.

Jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), Liu Dejun memaklumkan bahawa CCG telah melaksanakan tindakan kawal selia selaras dengan undang-undang termasuk memberi amaran terhadap kapal-kapal Filipina yang terlibat.

Namun begitu, dua kapal milik kerajaan Filipina dengan nombor siri No.3003 dilaporkan telah mengabaikan amaran berulang kali dan secara sengaja melanggar kapal CCG No. 221559 yang sedang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang secara sah.

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Tiexian dan perairan sekitarnya.

Tindakan Filipina jelas melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan menjejaskan keamanan dan kestabilan perairan berkenaan.

Justeru, Filipina digesa menghentikan segera tindakan seumpama itu, tegas jurucakap berkenaan, sambil menambah bahawa CCG akan meneruskan operasi penguatkuasaan undang-undang di perairan yang berada di bawah bidang kuasa China.

Video

Berita Berkaitan