Xi Sampaikan Ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing

(CRI)Isnin 13 Oktober 2025
Xi Sampaikan Ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing pada Isnin.

Dalam ucapannya Xi menekankan bahawa dunia perlu kembali kepada aspirasi asal Persidangan Wanita Dunia 1995 di Beijing, memperluas konsensus, membuka laluan baharu dan mengambil tindakan dalam bidang yang lebih substantif untuk mempercepat kemajuan pembangunan menyeluruh.

Sehubungan itu, Xi mengemukakan empat cadangan iaitu bersama-sama mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan dan pembangunan wanita, bersama-sama memupuk daya penggerak baharu untuk memajukan pembangunan berkualiti tinggi dalam perjuangan wanita, bersama-sama membina struktur tadbir urus global yang melindungi hak dan kepentingan wanita dan bersama-sama mencorak babak baharu dalam kerjasama wanita di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan