China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14

(CRI)Selasa 14 Oktober 2025

Purata tahunan pembelian bijirin melebihi 400 juta tan sepanjang Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara China, Liu Huanxin dalam sidang media bertemakan "Pencapaian Berkualiti Tinggi Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14" pada Selasa.

"Ini berkat pelbagai langkah yang diambil di negara ini untuk melancarkan saluran penjualan bijirin dan terus mengoptimumkan perkhidmatan kepada kaum petani dan perusahaan berkenaan," kata Liu.

Liu menambah, pengeluaran bijirin tahunan di China kekal stabil dalam tempoh lima tahun yang lalu dengan mencatat lebih 650 bilion kilogram setahun.

Antaranya, jumlah pengeluaran bijirin mencatat 700 bilion kilogram pada tahun 2024 buat pertama kali dengan jumlah pemilikan bijirin per kapita mencapai 500 kilogram, lebih tinggi daripada tahap keselamatan makanan per kapita yang diiktiraf antarabangsa iaitu 400 kilogram.

Bekalan bijirin dapat memenuhi keperluan domestik pada asasnya dan keselamatan makanan terjamin sepenuhnya di China pada masa ini.

Video

Berita Berkaitan