- Lain-lain
Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis Dijadual Lawat China

Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis, Emmanuel Bonne dijadual melawat China pada 15 hingga 16 Oktober dan akan mengadakan sesi dialog strategik China-Perancis pusingan baharu dengan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi di Beijing.
Perkara ini diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada Selasa.
Lin berkata, China berharap melalui sesi dialog kali ini, kedua-dua negara dapat mengadakan pertukaran secara mendalam mengenai hubungan dua hala, masalah antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan China-Perancis.
Selain itu, sesi tersebut juga diharap dapat mendorong perlaksanaan konsensus yang dicapai antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mengukuhkan kepercayaan dan memperluas kerjasama bagi menggalakkan perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif China dan Perancis, sekaligus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.
- Perancis Akan Iktiraf Negara Palestin pada Sidang PBB September Ini
- China, Perancis Perlu Gabung Tenaga Pelihara Orde Antarabangsa: Xi
- Pegawai Tertinggi China, Perancis dalam bidang Ekonomi Bincang Kerjasama
- Naib PM China Bakal Lawat Switzerland dan Perancis
- PM China Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis
- Wang Yi Bincang Bersama Menteri Luar Perancis
- China, Perancis Sedia Kukuh Koordinasi, Tegakkan Amalan Multilateral
- China dan Perancis Adakan Dialog Strategik di Beijing
- China Alu-alukan Syarikat Perancis Terus Pelopori Pasaran Domestiknya
- Xi Bertemu Presiden Perancis




