- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Universiti Pertanian China Sempena Ulang Tahun ke-120
Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada guru, pelajar dan alumni Universiti Pertanian China (CAU) sempena ulang tahun ke-120 universiti itu, baru-baru ini.
Dalam surat balas kepada guru dan pelajar CAU, Xi menggalakkan universiti itu supaya meneruskan tradisi cemerlang dalam pengurusan sekolah, mempergiat pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan inovasi teknologi pertanian serta pengaplikasian hasil penyelidikan supaya memupuk lebih banyak bakat pertanian yang sanggup berbakti kepada pembangunan negara.
Baru-baru ini, guru dan pelajar dari CAU menulis surat kepada Presiden Xi, melaporkan perjalanan pembangunan dan pencapaian pengurusan universiti itu selama 120 tahun, di samping menyatakan tekad mereka untuk membina CAU sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia serta keazaman untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
- Xi Utus Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-130 Universiti Tianjin
- Xi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-100 Universiti Sun Yat-sen
- Xi Galak OUC Terus Lakar Kemajuan Teknologi Marin
- Selamat Datang Mahasiswa Baharu!
- Xi Balas Surat Profesor Universiti Tsinghua
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 NUDT
- Xi Ucap Tahniah kepada Universiti Yunnan Sempena Ulang Tahun ke-100nya