Lebih 60 Peratus Hasil Tanaman Musim Luruh Selesai Dituai di Seluruh China

(CRI)Khamis 16 Oktober 2025

Lebih 60 peratus hasil tanaman musim luruh telah dituai di seluruh negara, antaranya 70 peratus padi musim kedua telah selesai dituai, 55 peratus bagi tanaman jagung dan hampir 80 peratus bagi kacang soya, menurut tinjauan terbaru Kementerian Pertanian dan Luar Bandar China.

Sejak pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-14, China melaksanakan strategi bagi mengukuhkan asas keselamatan makanan dari segenap aspek.

Jumlah pemilikan bijirin per kapita di negara ini mencapai 500 kilogram, lebih tinggi daripada tahap keselamatan makanan per kapita yang diiktiraf antarabangsa iaitu 400 kilogram.

Pada asasnya, bekalan bijirin dapat memenuhi keperluan domestik dan keselamatan makanan terjamin sepenuhnya di China pada masa ini.

Dalam perkembangan berasingan, Hari Makanan Sedunia disambut pada tanggal 16 Oktober setiap tahun dan tema pada tahun ini adalah "Penjimatan Makanan Tanggungjawab Semua."

Video

Berita Berkaitan