- Lain-lain
Forum Budaya Mazu Dunia Ke-10 Bakal Diadakan di Putian, Fujian
![]() |
Sidang media bagi Forum Budaya Mazu Dunia Ke-10 diadakan di Beijing pada 19 Oktober lalu. (People’s Daily Online/Li Weiyi) |
Sidang media bagi Forum diadakan di Beijing pada 19 Oktober lalu.
Forum Budaya Mazu Dunia Ke-10 yang dijadualkan untuk berlangsung di Putian, provinsi Fujian, dari 31 Oktober hingga 2 November dijangka bakal menarik perhatian peserta dan pemerhati budaya dari dalam dan luar negara.
Sejak sekian lama, budaya Mazu merupakan sebahagian penting daripada warisan budaya tradisional China.
Dalam satu sidang media di Beijing pada Ahad, pihak penganjur memberitahu bahawa berlandaskan tema tetap iaitu “Cinta Sejagat, Keamanan dan Pertukaran Antara Tamadun”, forum tahun ini mengangkat tema tahunan “Berkongsi Nasib, Keharmonian dalam Kewujudan Bersama”.
Difahamkan, ia turut berobjektif untuk menjadikan budaya Mazu sebagai platform untuk dialog dan saling belajar antara tamadun, serta menyumbangkan kebijaksanaan China bagi keamanan dan pembangunan dunia.
Sejak diadakan pada 2016, Forum Budaya Mazu Dunia berkembang menjadi forum budaya merentas negara dan wilayah. Tahun ini menandakan kali pertama forum membuka 11 cawangan di dalam dan luar negara, merangkumi Asia, Eropah, Oceania, Amerika Selatan dan Afrika, sekali gus menaikkan status forum daripada aktiviti serantau kepada platform global untuk pertukaran tamadun.
Pada masa sama, Pesta Pelancongan Budaya Mazu Meizhou Ke-27 juga akan berlangsung, termasuk aktiviti tradisional seperti perarakan Mazu untuk memberkati masyarakat tempatan.
Antara acara menarik lain ialah upacara penamaan satelit laut “Mazu”, pelancaran Laporan Tahunan Pemeliharaan dan Pemajuan Budaya Mazu Global, serta penganjuran lapan sub-forum. Forum kali ini juga memperkenalkan buat pertama kali komuniti integrasi rentas-selat, bagi menyediakan persekitaran kondusif kepada rakyat Taiwan untuk bekerja dan menetap di Putian.
Mazu, atau nama asalnya Lin Mo, dilahirkan di Putian pada tahun 960 Masihi. Beliau dihormati sebagai “Mazu” oleh generasi kemudian kerana jasanya menyelamatkan nelayan. Pada 2009, kepercayaan dan adat Mazu telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, menjadi warisan dunia pertama China dalam kategori kepercayaan dan adat.
- Wanita Hui’an Pelihara Tradisi Tangkap Ikan Purba di Fujian
- Tradisi Bunga Sanggul Rambut Bermekaran di Kampung Nelayan Quanzhou
- CIFIT ke-25 Buka Tirai Hari ini
- Pemulihan Pokok Bakau Bawa Manfaat Ekonomi di Fujian
- Ayuh Terokai Tulou di Fujian!
- Industri Abalone Semakin Rancak di Kaunti Lianjiang
- Azalea Jana Kekayaan Buat Pekan Kecil di Barat Fujian
- Bagaimana menempuh jalan kebangkitan desa di Fujian? Berikut petikan ucapan Xi Jinping
- Nelayan Aojiao Pulang Bawa Tangkapan Lumayan
- Pemandangan Matahari Terbit Tarik Pengunjung ke Aojiao