- Lain-lain
Kehadiran Agensi China Terserlah dalam Ekspo Angkasa Lepas Thailand 2025
Ekspo Angkasa Lepas Thailand 2025 diadakan di Bangkok dari 16 hingga 18 Oktober.
Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geoinformatik Thailand Pakorn Apaphant berkata, pihaknya telah menjalankan pelbagai projek kerjasama dengan China dalam bidang angkasa lepas yang melibatkan "Projek Chang'e" China, sehingga pihak Thailand berpeluang melibatkan diri dalam pembangunan dan penyelidikan kemudahan berkaitan.
“Kami menjalankan kerjasama dengan sejumlah agensi China dalam projek pembangunan dan penyelidikan satelit, dan kedua-dua pihak melakukan kerjasama untuk berkongsi data satelit dalam bidang yang substantif, misalnya China berkongsi data satelit dengan negara-negara Asia Tenggara dalam Projek Kerjasama Lancang-Mekong.
“Saya berharap agar kerjasama antara Thailand dan China dalam bidang angkasa lepas terus diperkukuh,” katanya.
Sementara itu, sejumlah pakar dan sarjana dari Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas China, syarikat teknologi angkasa lepas dan institusi pengajian tinggi, telah mengadakan pertukaran dan perbincangan dengan pakar angkasa lepas dari pelbagai negara lain dalam ekspo kali ini, yang merangkumi seminar bertemakan 'Menuju ke Langit—Projek Kerjasama Eksplorasi Angkasa Lepas Jauh bagi Manusia Seluruh Dunia' dan 'Kerjasama Aplikasi Satelit Penderiaan Jauh China-Asia Tenggara' yang bertujuan memperlihatkan sumbangan China dalam inovasi teknologi angkasa lepas terhadap pemerkasaan kerjasama antarabangsa dalam bidang eksplorasi angkasa lepas jauh di peringkat global dan kemajuan teknologi angkasa lepas manusia.
- Armada Kapal Tentera Laut China Lawat Thailand
- China, Thailand Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan
- Peningkatan Pelancong China Kondusif bagi Ekonomi Thailand
- Thailand Tingkatkan Eksport Durian ke China melalui Penganjuran Pesta
- China-Thailand Bina Kilang 5G, Bantu Transformasi Digital Thailand
- Thailand Kecualikan Visa Pelancong China
- Latihan Bersama Tentera Udara "Yingji-2023" China-Thailand Bakal Diadakan
- China, Thailand Bekerjasama Terbitkan Karya Klasik