- Lain-lain
Persekutuan Baharu Untuk Lindungi Warisan Budaya RCEP
Persidangan Penubuhan Pesekutuan Kerjasama Tapak Warisan Dunia Negara Anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau 2025 (RCEP–WHCA) diadakan di bandar Huangshan provinsi Anhui China pada Jumaat.

Persidangan ini diadakan untuk melaksanakan Inisiatif Huangshan yang diumumkan pada bulan Jun ini, mewujudkan platform pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang rentas sektor dan interdisiplin bagi negara anggota RCEP melindungi, mewariskan dan mempromosi warisan dunia, meningkatkan imej tapak warisan dunia negara anggota RCEP di peringkat global dan memperluas pasaran bagi pembangunan budaya dan pelancongan tapat warisan dunia negara anggota RCEP di arena antarabangsa.
Topik persidangan kali ini tertumpu kepada menggalakkan aliran teknologi, modal dan modal insan antara tapak warisan RCEP.

Perjanjian kerjasama antara Huangshan (Anhui, China) dan Teluk Ha Long (Vietnam), Kawasan Artifak Sejarah dan Pemandangan Huanglong (Sichuan, China), serta perjanjian kerjasama antara Jalan Lama Tunxi (Anhui, China) dan Kota Bersejarah Melaka (Malaysia) telah ditandatangani, selain itu, persepakatan kerjasama bagi meningkatkan perlindungan tapak warisan budaya, nilai warisan budaya, pembangunan kapasiti dan promosi di peringkat global telah dicapai semasa persidangan itu berlangsung.
Persidangan itu turut diserikan dengan kehadiran 180 perwakilan daripada 15 negara anggota RCEP, institusi pengurusan, badan penyelidikan dan pemantauan, agensi perkhidmatan budaya dan pelancongan dalam sektor warisan dunia, serta pertubuhan antarabangsa berkenaan.
- Kraf Guntingan Kertas Tradisional Semakin Diperakui Global Menerusi Inovasi
- Wanita Hui’an Pelihara Tradisi Tangkap Ikan Purba di Fujian
- Berusia Ribuan Tahun, Sulaman Kumpulan Etnik Tu Segar Bermekaran di Qinghai
- Jinxi, “Muzium Kampung Purba Tanpa Dinding Pembatas”
- Makam Diraja Xixia China Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- Liu Kumpul 500 Akik Antik, Lindungi Warisan Budaya Hakka Chongqing
- Perdagangan China dengan Negara Anggota RCEP Catat Peningkatan
- Nanning Lancar Acara Bertemakan Buah-buahan ASEAN
- Groto Maijishan, Kesenian yang Terukir di Cenuram
- Groto Mogao, Naratif Tamadun Jalan Sutera




