- Lain-lain
Groto Mogao, Naratif Tamadun Jalan Sutera
Groto Mogao yang berunsurkan agama Buddha yang disifatkan sebagai khazanah seni pada dinding terletak di kawasan gurun di luar bandar Dunhuang provinsi Gansu, barat laut China.
Sami Buddha dan pelukis menggali gua, melukis mural, dan mengukir patung Buddha pada dinding batu di pinggir padang pasir di luar bandar Dunhuang bermula pada 1,600 tahun yang lalu. Pada masa ini, terdapat mural berwarna-warni seluas 45,000 meter persegi yang terpelihara dalam sebanyak 735 buah gua, dengan isi kandungannya meliputi cerita dan kitab agama Buddha, kehidupan seharian rakyat serta muzik dan tarian. Mana-mana dinding di situ pun dianggap sebagai satu epik lukisan.
Groto Mogao di Dunhuang disenaraikan sebagai tapak warisan budaya dunia oleh UNESCO pada tahun 1987.
Dunhuang disifatkan sebagai pintu keluar dan masuk yang strategik bagi China untuk menuju ke kawasan barat, dan merupakan cerminan tamadun China pada zaman purba yang terkesan dari fikiran, agama, seni dan budaya di pelbagai negara dan wilayah seperti India, Yunani, dan Persia.
Groto Mogao di sana yang mempunyai mural dan patung-patung yang berwarna-warni dalam beratus-ratus gua justeru merupakan saksi bagi pelbagai budaya yang hidup bersama dan rakyat dari Timur dan Barat mencatat sejarah saling mengenali hati dan budi melalui pertukaran tamadun.
Presiden China Xi Jinping ketika melawat ke Groto Mogao di Dunhuang semasa tinjauannya di provinsi Gansu pada bulan Ogos 2019 pernah berkata, budaya Dunhuang memperlihatkan keyakinan bangsa China terhadap budaya sendiri.
"Hanya penuh dengan keyakinan terhadap tamadun sendiri, kita baru dapat mengekalkan cita rasa sendiri sambil bersikap inklusif, bersedia menimpa dan menerap pencapaian yang cemerlang dari tamadun lain," kata beliau.
Jika anda ingin merasakan daya tarikan budaya dan tamadun yang pelbagai, selamat datang ke China untuk melihat keajaiban kesenian di padang pasir dengan mata anda sendiri!
- Bengkel Warisan Kebudayaan China Dorong Pengukuhan Semula Luar Bandar, Pengambilan Kerja
- Tukang Kraf Berumur 68 Tahun Pastikan Teknik Pembuatan Bot Shaoxing Terus Hidup
- Bank Negara China Bakal Lancar Syiling Kenang-kenangan, Tampilkan Khazanah Negara
- Ikut Jejak Xi Jinping Di Empat Groto Utama China
- Presiden Xi Tinjau Groto Longmen di Henan
- Pertunjukan Lantera Mawei-Matsu Terpanjang Buka Tirai
- Pewaris Turunkan Ilmu Reka Bentuk Tradisional, Amalan Pembinaaan Jambatan Gerbang Kayu China
- Artis China Pelihara Kraf Naga Straw Purba, Hasilkan Karya Agung Berukuran 28 Meter
- Pewaris Seni Mozek Filigri di Beijing
- ‘Atuk Dougong’ Gunakan Platform Video Pendek Popularkan Seni Bina Cina Purba