- Lain-lain
Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu), Cipta Jaringan Pasaran
Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu) terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh potensi produk pertanian di kawasan Aksu sekali gus mencipta jaringan potensi pasaran yang luas sama ada di China mahupun peringkat antarabangsa.
Berlangsung selama tiga hari sehingga 19 Oktober ini, pameran berkenaan menampilkan pelbagai hasil pertanian bermutu tinggi dari setiap kawasan di Aksu yang mencerminkan kemajuan pesat serta keunggulan sektor pertanian.
Pameran yang memasuki edisi ke-11 yang bertemakan “Buah-buahan Mewarnai Jalan Sutera, Meraikan Tuaian yang Melimpah, Kebun Manis Aksu”, tidak sekadar memperkenalkan hasil buah tempatan tetapi turut membuka peluang membina ekosistem pertanian moden yang lebih mampan, dinamik dan berorientasikan pasaran global.
Malah, pemain industri sama ada pengusaha pertanian, pelabur mahupun pengedar dari seluruh China dan luar negara turut dihubungkan dalam satu platform perdagangan yang komprehensif.
Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu) turut memperkukuhkan kedudukan Aksu sebagai kawasan pertanian berdaya saing di wilayah Xinjiang yang menyumbang secara signifikan kepada kemajuan dan inovasi sektor pertanian sama ada di China mahupun dunia.
- "Makanan Laut" Xinjiang
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"
- Xi Pulang ke Beijing
- Pelbagai Jabatan Ucap Tahnian kepada Rakyat Berbilang Kaum di Xinjiang
- Xi Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Presiden Xi Beri Arahan Penting mengenai Pembangunan Xinjiang
- Xi Hadir Gala Raikan Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Xi Lawat Pameran Bertema Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Xi Bertemu Wakil Pelbagai Lapisan Xinjiang