Pelbagai Jabatan Ucap Tahnian kepada Rakyat Berbilang Kaum di Xinjiang

(CRI)Khamis 25 September 2025

Sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politk Rakyat China (CPPCC), dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menzahirkan ucapan tahniah penuh ketulusan serta harapan baik kepada seluruh rakyat berbilang kaum di Xinjiang.

Dalam tempoh 70 tahun yang lalu, rakyat berbilang kaum di Xinjiang bersama-sama mentadbir wilayah itu di bawah pimpinan PKC selain berjaya mengamalkan sistem pentadbiran autonomi di kawasan berbilang kaum.

Ini juga termasuk mencapai kemajuan yang cemerlang dalam melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Justeru, rakyat berbilang kaum di Xinjiang juga diharap dapat berganding bahu dalam usaha mendorong pembangunan pemodenan Xinjiang ke arah yang harmoni, makmur, bertamadun, maju, tenteram, serta mesra alam dengan ekologi yang lestari.

Video

Berita Berkaitan