China Mahu Belanda Selesaikan Isu Nexperia Demi Kestabilan Rantaian Bekalan Global

(CRI)Rabu 22 Oktober 2025

Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Belanda Vincent Karremans, pada Selasa, membincangkan isu-isu berkaitan syarikat semikonduktor Nexperia serta hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Wang berkata, China amat mementingkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Belanda, namun menyatakan kebimbangan bahawa langkah yang diambil Belanda terhadap syarikat China, Nexperia telah menjejaskan kestabilan rantaian bekalan global.

China menggesa Belanda menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan secara wajar, demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan boleh jangka.

Vincent Karremans pula menyatakan, pihaknya amat mementingkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China, di samping menzahirkan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan China supaya mencari resolusi kondusif bagi penyelesaian isu semikonduktor Nexperia.

Video

Berita Berkaitan