Majukan Pengajian China ke Serata Dunia, Perkaya Taman Tamadun Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 27 Oktober 2025

Persidangan Pengajian China Dunia edisi kedua selama tiga melabuhkan tirainya pada 15 Oktober lalu, dengan menghimpunkan sekitar 500 pakar dan sarjana dari China serta luar negara, bagi membincangkan secara mendalam di bawah tema ‘China Kontemporari dan Bersejarah: Satu Perspektif Global’.

Menerusi dialog dan pertukaran, acara tersebut memberi penekanan terhadap pencapaian akademik, keterbukaan, dan sumbangan kepada tamadun manusia oleh China, sekali gus menawarkan kupasan mendalam terhadap sejarah, amalan dan dimensi global haluan pembangunan China.

Minat terhadap pengajian China semakin meningkat di serata dunia. Sarjana dari latar belakang yang pelbagai semakin terlibat dengan China menerusi dialog akademik, yang secara tidak langsung memperluas horizon dan memperdalam intelektual. Pengembangan ‘pengajian China dunia’ mencerminkan keinginan dunia untuk memahami China sebagai satu tamadun yang sentiasa relevan.

Sejak Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Parti Komunis China yang ke-18 pada 2012, Presiden Xi Jinping telah menekankan tentang peri penting terhadap usaha untuk memajukan pengajian China ke serata dunia.

Di simposium falsafah dan sains sosial yang diadakan pada 2016, beliau dengan jelas menyeru untuk mempromosi pengajian China di luar negara. Pada 2023, dalam surat tahniahnya kepada Persidangan Pengajian China Dunia – Forum Shanghai, Xi menegaskan tentang keperluan untuk terus mempromosi pengajian China di serata dunia, memupuk pertukaran tamadun, serta menyuntik kekuatan kebudayaan dan intelek terhadap usaha mengembangkan taman tamadun dunia.

Sebagai ikhtiar akademik rentas budaya, pengajian China dunia secara semula jadinya berfungsi sebagai jambatan untuk menghubungkan tamadun China dan asing. Sama seperti tamadun China yang berevolusi menerusi pertukaran dan saling belajar antara satu sama lain, pengajian China global turut diperkaya oleh perspektif budaya yang pelbagai.

Ramai sarjana yang menyifatkan pengajian China dunia sebagai ‘pengajian China dalam pertukaran antara budaya’ dan ‘platform untuk saling belajar antara tamadun’. Ia merangkumi naratif China yang berakar umbi dalam tradisi asli dan penterjemahan sarjana antarabangsa, sekali gus membolehkan untuk berkongsi kemajuan dan pemahaman yang lebih luas.

Penerima Anugerah Sumbangan Luar Biasa kepada Pengajian China 2023, Timothy Brook yang juga pakar China dari Kanada berkata bahawa istilah ‘dunia’ dalam ‘pengajian China dunia’ menunjukkan kepentingan dalam mengatasi halangan budaya dan mengurangkan jurang kognitif antara negara dan tamadun menerusi saling memahami secara lebih mendalam.

Apabila sarjana dari latar belakang kebudayaan dan tradisi akademik yang pelbagai dalam pengajian China, dialog mereka bukan sekadar membantu dunia untuk memahami China yang multidimensi dan lebih tulen, tetapi juga mempromosi pemahaman antara ketamadunan dan memperkaya budaya manusia global.

Lebih penting, bidang itu merangkumi China yang kontemporari dan bersejarah. Ramai sarjana yang sedang mengkaji China cuba untuk memberikan refleksi kepada masyarakat masing-masing, untuk memahami dunia, dan mendapatkan pandangan untuk trend masa depan.

Usaha China terhadap peremajaan semula negara menerusi pemodenan telah menarik sarjana dari negara maju dan juga negara membangun. Konsep penting seperti pembangunan berkualiti tinggi, tenaga produktif berkualiti baharu, Inisiatif Jalur dan Laluan, serta empat inisiatif global yang utama telah menjadi tumpuan dalam perbincangan akademik antarabangsa.

Dengan pemodenan kekal sebagai aspirasi yang dikongsi bersama oleh pelbagai negara, pengalaman China menawarkan satu pedoman yang sangat bernilai untuk rujukan pihak lain dalam menerokai kaedah pembangunan masing-masing.

Bagi memahami dunia hari ini, adalah penting untuk mengkaji asas sejarah dan menerokai warisan budaya. Untuk mencapai kemajuan yang dikongsi bersama, tamadun mesti terlibat dalam saling belajar.

Melihat ke hadapan, memajukan pengajian China dunia akan membantu komuniti antarabangsa untuk mendapat pemahaman lebih mendalam terhadap tamadun China dan laluan pembangunan masing-masing, memupuk dialog antara budaya yang lebih hebat, menyokong tindak balas kolektif terhadap cabaran global, dan menyumbang untuk membina komuniti yang berkongsi nasib untuk umat manusia.

Video

Berita Berkaitan