- Lain-lain
Xi Kemukakan Lima Cadangan Untuk Pertumbuhan Ekonomi Asia-Pasifik (3)
![]() |
Presiden China Xi Jinping mengemukakan lima cadangan untuk menggalakkan globalisasi ekonomi yang inklusif berdasarkan nilai universal, serta pembinaan Komuniti Asia-Pasifik.
Xi mengemukakan lima cadangan tersebut dalam ucapan pada sesi pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32 yang diadakan di Gyeongju Republik Korea pada Jumaat.
Xi berkata, tatkala dunia bergelut dengan perubahan drastik dan pergolakan yang tiada tolok banding sebelum ini, faktor ketidakstabilan serta ketidaktentuan yang dihadapi pembangunan di rantau Asia-Pasifik semakin bertambah.
“Pelbagai negara perlu mempertahankan inspirasi dan manifesto APEC untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, berkongsi peluang dan mewujudkan situasi sama menang dalam pembangunan yang terbuka," kata Xi.
Untuk mencapai tujuan ini, Xi mencadangkan pelbagai pihak perlu bersama-sama untuk melindungi sistem perdagangan pelbagai hala, mewujudkan persekitaran ekonomi serantau yang terbuka, mengekalkan kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan bekalan, memajukan perdagangan digital dan mesra alam, serta memacu pembangunan yang terangkum berdasarkan nilai universal.
Xi menyatakan, China konsisten dalam pelaksanaan dasar asas negara tentang peningkatan tahap keterbukaan dan bergiat menyumbang kepada pembinaan ekonomi global yang terbuka.
“China tidak akan menutup pintunya kepada luar, sebaliknya akan menjadikannya semakin terbuka.
“Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan baru-baru ini telah meluluskan cadangan mengenai penggubalan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).
“Kami akan mengambil peluang ini untuk terus memperincikan pembaharuan secara menyeluruh dan meningkatkan tahap keterbukaan, yang diyakini dapat menyediakan peluang baharu kepada dunia terutama Asia-Pasifik melalui pencapaian baharu yang dilakar dalam modenisasi ala China,” kata beliau.
- Xi Tiba di Korea Selatan, Hadiri Sidang Kemuncak APEC
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- Xi Jinping akan Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi APEC ke-32 di Korea Selatan
- China Main Peranan Signifikan dalam APEC: Presiden Peru
- China Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2026
- Xi Sampai Ucaptama Sempena AELM ke-31
- Xi, Biden Bertemu di Luar AELM
- Xi Seru Sinergi ke Arah Globalisasi Ekonomi Inklusif
- China, Peru Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- Rakyat Peru Teruja Tunggu Kehadiran Xi





