- Lain-lain
China Komited kepada Pembangunan Sosial di Peringkat Global

Naib Presiden China, Han Zheng menghadiri Sidang Kemuncak Dunia Pembangunan Masyarakat Ke-2 yang berlangsung di Doha, Qatar selain turut berucap pada sesi perbahasan am, pada Selasa.
Beliau menekankan bahawa Presiden Xi Jinping telah mengemukakan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Tamadun Global serta Inisiatif Tadbir Urus Global yang menjadi panduan bagi usaha pembangunan masyarakat di peringkat global.
Persidangan Penuh Ke-4 Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China telah berlangsung baru-baru ini.
Pada lima tahun akan datang, China akan mendorong lebih banyak hasil pembangunan berkualiti tinggi yang diagihkan secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat, di samping terus menyuntik lebih banyak tenaga positif dan kepastian kepada usaha pembangunan global.
Han juga telah mengemukakan empat cadangan iaitu berpegang teguh pada falsafah berpaksikan rakyat, menumpukan perhatian pada matlamat pembangunan bersama, mematuhi prinsip inklusif untuk manfaat semua serta mempromosikan semangat bekerjasama dan bersatu padu.
Menurutnya, China berharap dapat bersama-sama pelbagai pihak untuk memanfaatkan peluang penganjuran sidang kemuncak kali ini bagi melaksanakan "Deklarasi Copenhagen" dan "Panduan Tindakan", menyuntik lebih momentum kepada usaha pembangunan masyarakat di peringkat global dan memberi lebih banyak sumbangan bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Sidang Kemuncak Dunia Pembangunan Masyarakat Ke-2 berlangsung dari 4 hingga 6 November, dihadiri lebih 30 orang pemimpin negara atau ketua kerajaan serta lebih 100 orang wakil peringkat menteri.
- PM Li Hadir Sidang Peringkat Tinggi GDI
- Xi Umum NDC Baharu China, Perkukuh Tindakan Tangani Perubahan Iklim
- Rancangan China Menangani Perubahan Iklim Global Sangat Penting - Antonio Guterres
- Xi Seru Pembinaan Dunia yang Bersih, Indah dan Lestari
- China Seru Kerjasama Iklim Sesama Bandar Dipergiat
- Naib PM China Berucap pada Sidang Kemuncak Tindakan Iklim
- 'Pavilion China' Dilancar di Baku Sempena COP29
- COP28 Lulus Dana 'Kerugian dan Kerosakan'
- China Aktif Sumbangkan Tenaga kepada Tadbir Urus Iklim Global
- Ding Xuexiang akan Hadir Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia di UAE




