Utusan Khas Presiden Xi Hadir Upacara Pelantikan Presiden Baharu Bolivia

(CRI)Isnin 10 November 2025

Utusan khas Presiden China Xi Jinping yang juga Menteri Sumber Air, Li Guoying menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Bolivia, Rodrigo Paz, ibu kota Bolivia, atas undangan kerajaan negara itu, pada Sabtu.

Dalam pertemuan dua hala, Li telah menyampaikan salam mesra dan ucapan tahniah daripada Presiden Xi kepada Paz.

Menurutnya, China sentiasa mementingkan hubungan dengan Bolivia dan bersedia berganding bahu dengan kerajaan baharu Bolivia bagi mendorong hubungan perkongsian strategik China-Bolivia ke tahap baharu supaya memberikan lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan